Sekutu yang ideal ketika menyingkap misteri alam.
Menembusi kegelapan
Siang dan malam
Sesetengah tempat mempunyai rahsia yang masih tersimpan. Dengan pelancaran Explorer II pada tahun 1971, Rolex mengesahkan hasrat untuk menyokong manusia dalam usaha berterusan untuk mencari pengetahuan. Menampilkan paparan Chromalight dan dikenali dengan jarum jingga dan bezel bersenggat 24 jam, jam tangan ini membolehkan pemakai memisahkan waktu siang dan malam serta menjadi panduan para penjelajah dan saintis apabila cahaya semakin malap.
Alat yang mustahak buat penjelajah yang menjangkaui sempadan pengetahuan.
Di hujung dunia
Explorer II membolehkan pemakai membezakan waktu siang dan malam dengan jelas dengan adanya paparan 24 jam yang terdiri daripada jarum jam tambahan berwarna jingga dan bezel bersenggat yang tetap.
Dengan fungsi tambahan ini, jam tangan menawarkan maklumat penting untuk ekspedisi di wilayah yang tiada penanda masa. Sebagai contoh, persekitaran yang sentiasa gelap seperti gua atau di kawasan kutub, apabila matahari tidak pernah terbit atau terbenam.
Atas sebab yang sama, Explorer II memaparkan tarikh, yang juga penting apabila kesendirian serta tiada perbezaan yang jelas antara siang dan malam.
Explorer II telah menjadi jam tangan pilihan untuk ahli speleologi yang menyelidiki teras bumi dan penjelajah yang melintasi kutub. Jam ini mengiringi mereka yang penemuannya meluaskan batas pengetahuan kita untuk memelihara planet ini dengan lebih baik.
Keterbacaan optimum dalam semua keadaan
Dilancarkan pada tahun 1971, Explorer II ialah pewaris sejati Explorer dengan kualiti ketahanan yang sama terhadap keadaan ekstrem. Amat kalis air dan mampu bertahan dalam keadaan kutub yang berais, model ini dapat dibezakan daripada yang asal melalui rupa yang unik.
Explorer II menampilkan permukaan hitam atau putih, tanpa perincian yang berlebihan, dan penanda jam besar dalam bentuk yang ringkas: segi tiga, bulatan dan segi empat tepat. Penanda geometri ini yang menjadi ciri jam tangan Rolex Profesional membolehkan pembacaan masa yang boleh dipercayai dan serta-merta.
Kualiti ini amat ketara pada Explorer II versi permukaan putih, yang kontras sekali dengan penanda jam dan jarum hitam kusam: satu pengecualian di Rolex.
Permukaan itu menggabungkan estetika yang halus dan tepat ini dengan prestasi paparan Chromalight yang dipertingkatkan lagi pada tahun 2021 menerusi penggunaan bahan pendarkilau baharu untuk menjamin keterbacaan yang optimum dalam semua keadaan.
Mengiringi penerokaan ke sempadan dunia yang diketahui.
Meneroka dan melindungi ekosistem
Ramai penjelajah dan saintis telah menjadi Testimoni Rolex selama beberapa dekad. Explorer II menemani mereka dalam pencapaian luar biasa mereka di sempadan dunia yang diketahui.
Menyedari kesan manusia terhadap iklim dan kestabilan ekosistem, para lelaki dan wanita ini terus meluaskan batasan pengetahuan kita tanpa mengenal penat lelah. Penyelidikan mereka kini bertujuan untuk mencerap planet ini supaya dapat dipelihara dengan lebih baik.
Sejak tahun 2019, sebagai sebahagian daripada Inisiatif Planet Abadi, Rolex telah menyokong pelbagai projek dan ekspedisi yang bertujuan untuk menimba pengetahuan, meningkatkan kesejahteraan manusia dan melindungi alam sekitar bagi melestarikan planet kita.
Ketahui lebih lanjut di rolex.org