Explorer II
Oyster, 42 mm, Oystersteel
Rujukan 226570
Menembusi kegelapan
Oyster Perpetual Explorer II dalam Oystersteel dengan rantai Oyster mempunyai permukaan putih dengan jarum 24 jam yang berbentuk anak panah dan penanda jam dengan paparan Chromalight.
Bezel 24-jam
Kebolehpercayaan dalam keadaan yang paling sukar
Explorer II dilengkapi dengan paparan 24 jam tambahan; jarum khusus yang mengelilingi permukaan dalam format 24 jam berbanding dengan 12 jam yang biasa, menunjuk ke bezel tetap dengan senggatan 24 jam.
Fungsi ini membolehkan pemakai membezakan jam waktu siang daripada waktu malam, iaitu satu ciri penting bagi mereka yang menelusuri persekitaran yang sangat gelap seperti gua yang dalam atau tempat yang matahari tidak pernah terbenam seperti di kawasan kutub pada musim panas.
Permukaan putih
Membezakan siang dengan malam
Explorer II mempunyai paparan tarikh, jarum 24 jam tambahan berwarna oren dan bezel tetap berserta senggatan 24 jam yang membolehkan pembezaan waktu siang dan malam.
Model ini menjadi jam tangan pilihan bagi ahli speleologi, ahli volkanologi dan penjelajah kutub. Penanda jam dan jarum jam mempunyai paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan sinaran biru yang tahan lama.
Oystersteel
Sangat tahan kakisan
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting.
Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Rantai Oyster
Keajaiban bentuk dan fungsi
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan pengancing lipat Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex.
Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.
Lagi butiran teknikal Explorer
Rujukan 226570
Explorer II
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.