Semasa proses ujian awal yang mendahului pengeluaran bersiri jam tangan, jam tangan kami mengalami setiap kejutan yang mungkin berlaku dalam makmal khusus. Salah satu kemudahan seperti ini mempunyai robot ciptaan kami sendiri dengan lengan bersendi yang menghasilkan semula segala macam gerak isyarat dan pergerakan lengan manusia, daripada yang paling biasa kepada yang paling tidak biasa. Bezanya, robot ini bergerak pada kelajuan yang bukan seperti manusia. Selepas melalui ujian ini, kami memastikan setiap prestasi superlatif jam tangan kekal utuh tanpa menghiraukan goncangan atau kejutan.
Untuk pemakai dan keadaan yang teruk
Di Rolex, kami bekerja tanpa lelah untuk memenuhi keperluan orang yang kami panggil dengan penuh kasih sayang: “pemakai paling teruk”.
Tetapi anda mungkin terkejut dengan hal yang kami maksudkan. Walau betapa berhati-hati sekalipun seseorang menjaga jam tangan, jam itu akan mengalami kejutan. Banyak kejutan. Ribuan kejutan. Dan sama ada kejutan ini disengajakan atau secara kebetulan, tidak berbahaya atau sangat berbahaya, tiada kejutan yang remeh bagi kami. Kami memerhatikan, menganalisis dan menghasilkan semula semua kejutan, sama ada besar atau kecil.
Di Rolex, kami bekerja tanpa lelah untuk memenuhi keperluan orang yang kami panggil dengan penuh kasih sayang: “pemakai paling teruk”. Memandangkan kami membuat jam tangan dengan memikirkan anda, yakinlah bahawa apa-apa sahaja yang anda pilih, ke mana-mana sahaja anda pergi, Rolex anda akan menemani.
Oleh itu, jika anda fikir bahawa hanya para pendaki gunung, penjelajah kutub, penyelam laut dalam atau orang-orang jenis itu boleh dikatakan sebagai “pemakai paling teruk” kami, anda silap. Kerana tidak kira betapa tenangnya persekitaran anda, kehidupan harian anda mungkin masih berbahaya untuk seutas jam tangan. Anda boleh terjatuh, terlanggar atau terhantuk jam tangan anda pada bila-bila masa. Malah, anda mungkin membiarkan jam tangan tinggal terbiar untuk tempoh yang panjang. Memandangkan kami membuat jam tangan dengan memikirkan anda, yakinlah bahawa apa-apa sahaja yang anda pilih, ke mana-mana sahaja anda pergi, Rolex anda akan menemani.
Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex