Notis Privasi Rolex

Pengenalan

Rolex menghormati privasi anda dan komited dalam melindungi data peribadi anda. Notis privasi ini akan memberitahu anda tentang cara kami menjaga data peribadi anda apabila anda melayari laman web kami (tidak kira destinasi asal) atau apabila anda berinteraksi secara langsung dengan Rolex atau Afiliasi Rolex, dan juga memberitahu anda tentang hak-hak privasi anda dan cara undang-undang melindungi anda.

Pengawal Data

Apabila kami menyebut “Rolex” atau “kami” dalam notis privasi ini, kami merujuk kepada:

ROLEX SA
3-5-7 rue François-Dussaud
1211 Geneva 26
Switzerland

Nombor syarikat Switzerland:
CH-660.0.012.920-4

ROLEX SA ialah pengawal bagi data peribadi yang dikumpul melalui laman web ini.

Walau bagaimanapun, apabila anda berinteraksi secara langsung dengan Afiliasi Rolex, afiliasi ialah pengawal bagi data peribadi yang dikumpulkan melalui interaksi langsung.

Penyelia Data Peribadi

Kami telah melantik seorang penyelia data peribadi yang bertanggungjawab untuk mengendalikan soalan berkenaan dengan notis privasi ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang notis privasi ini, termasuk apa-apa permintaan untuk menggunakan hak undang-undang anda, sila hubungi penyelia data peribadi dengan menggunakan butiran seperti yang dinyatakan di bawah.

Penyelia Data Peribadi: Encik Xavier Braun

Alamat surat-menyurat: 3-5-7, rue François-Dussaud, 1211 Geneva 26, Switzerland

Nombor telefon: +4122 302 22 00

Alamat e-mel: privacy@rolex.com

ROLEX SA hanya akan memberikan maklum balas terhadap pertanyaan tentang perlindungan data. Sebarang komunikasi hendaklah dihantar dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Perancis.

Badan Berkuasa Penyeliaan

Anda juga mempunyai hak untuk membuat aduan pada bila-bila masa kepada badan berkuasa penyeliaan dalam bidang kuasa yang sewajarnya.

Data Yang Kami Kumpul Tentang Anda

Data peribadi bermaksud sebarang maklumat tentang seseorang individu yang membolehkan orang tersebut dikenal pasti. Ini tidak termasuk data yang identiti individu tersebut telah dikeluarkan (data tanpa nama).

Kami mungkin mengumpul, menggunakan, menyimpan dan memindahkan pelbagai jenis data peribadi tentang anda, yang kami telah kategorikan seperti berikut:

  • Data Identiti termasuk nama pertama, nama sebelum berkahwin, nama keluarga, nama pengguna atau pengecam yang serupa, status perkahwinan, gelaran, tarikh lahir dan jantina.

  • Data Perhubungan termasuk alamat, alamat e-mel dan nombor telefon.

  • Data Teknikal termasuk alamat protokol internet (IP), data log masuk anda, jenis dan versi pelayar, tetapan zon masa dan lokasi, jenis dan versi pemalam pelayar, sistem operasi dan platform, dan teknologi lain pada peranti yang anda gunakan untuk mengakses laman web ini.

  • Data Penggunaan termasuk maklumat tentang cara anda menggunakan laman web kami.

  • Data Pemasaran dan Komunikasi termasuk pilihan anda dalam menerima pemasaran daripada kami dan pihak ketiga kami serta pilihan anda dari segi bentuk komunikasi.

Kami tidak mengumpul sebarang Data Peribadi Kategori Khas tentang anda (ini termasuk butiran tentang bangsa atau keturunan, kepercayaan keagamaan atau falsafah, kehidupan seks, orientasi seks, pendapat politik, keahlian kesatuan sekerja, maklumat tentang kesihatan, data genetik dan data biometrik anda). Kami juga tidak mengumpul sebarang maklumat tentang apa-apa sabitan dan kesalahan jenayah.

Bagaimanakah data peribadi anda dikumpulkan?

Kami menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul data daripada anda dan tentang anda, termasuk melalui:

  • Interaksi langsung. Anda mungkin memberi kami Data Identiti, Data Perhubungan dan Data Pemasaran dan Komunikasi dengan cara mengisi borang atau berhubung dengan kami melalui pos, e-mel atau lain-lain.

  • Teknologi atau interaksi automatik. Apabila anda berinteraksi dengan laman web kami, kami akan secara automatik mengumpul Data Teknikal tentang peralatan anda, corak dan tindakan layaran anda. Kami mengumpul data peribadi ini dengan menggunakan kuki, log pelayan dan teknologi lain yang serupa. Sila lihat dasar kuki kami untuk mendapatkan butiran lanjut.

  • Pihak-pihak ketiga. Kami menerima data peribadi tentang anda daripada pelbagai pihak ketiga seperti yang dinyatakan di bawah:

    • Penyelesaian analisis daripada pihak-pihak di bawah:

      • Adobe Analytics yang berpusat di Ireland

      • Content Square yang berpusat di Perancis

    • Penyelesaian pengawasan teknikal daripada pihak di bawah:

      • New Relic yang berpusat di Amerika Syarikat

    • Perkhidmatan pemetaan daripada pihak-pihak di bawah:

      • Google Maps yang berpusat di Amerika Syarikat

      • Baidu Maps yang berpusat di China

Tujuan kami menggunakan data peribadi anda

Kami telah menyediakan satu penerangan dalam format jadual di bawah tentang semua cara kami merancang untuk menggunakan data peribadi anda, dan asas undang-undang yang menjadi sandaran kami untuk berbuat demikian. Kami juga telah mengenal pasti kepentingan kami yang sah yang dirasakan wajar.

Harap maklum bahawa kami mungkin memproses data peribadi anda berdasarkan lebih daripada satu asas undang-undang, bergantung pada tujuan khusus kami menggunakan data anda tersebut. Sila hubungi kami jika anda memerlukan butiran lanjut tentang asas undang-undang khusus yang kami gunakan untuk memproses data peribadi anda, apabila lebih daripada satu asas telah dinyatakan dalam jadual di bawah.

  • Tujuan-Aktiviti / Memberitahu anda tentang perubahan pada notis privasi kami

  • Jenis data / (a) Identiti (b) Perhubungan (c) Pemasaran dan Komunikasi

  • Dasar yang sah untuk memproses termasuk asas kepentingan yang sah / (a) Perlaksanaan kontrak dengan anda (b) Keperluan untuk mematuhi suatu kewajipan undang-undang (c) Keperluan untuk menjaga kepentingan sah kami (untuk mengemas kini rekod kami)

  • Tempoh penyimpanan / 12 bulan

  • Tujuan-Aktiviti / Untuk mentadbir dan melindungi perniagaan kami dan laman web ini (termasuk penyelesaian masalah, analisis data, ujian, penyelenggaraan sistem, sokongan, pelaporan dan pengehosan data)

  • Jenis data / (a) Identiti (b) Perhubungan (c) Teknikal

  • Dasar yang sah untuk memproses termasuk asas kepentingan yang sah / (a) Keperluan untuk menjaga kepentingan sah kami (untuk mengendalikan perniagaan kami, penyediaan perkhidmatan pentadbiran dan IT, keselamatan rangkaian, untuk mencegah penipuan dan dalam konteks penyusunan semula perniagaan atau penstrukturan semula kumpulan) (b) Keperluan untuk mematuhi suatu kewajipan undang-undang

  • Tempoh penyimpanan / 12 bulan

  • Tujuan-Aktiviti / Untuk menggunakan analisis data bagi menambah baik laman web kami, produk/perkhidmatan, pemasaran, perhubungan dan pengalaman pelanggan

  • Jenis data / (a) Teknikal (b) Penggunaan

  • Dasar yang sah untuk memproses termasuk asas kepentingan yang sah / Keperluan untuk menjaga kepentingan sah kami (bagi menentukan jenis pelanggan untuk produk dan perkhidmatan kami, untuk memastikan laman web kami dikemas kini dan relevan, untuk mengembangkan perniagaan kami dan untuk merangka strategi pemasaran kami)

  • Tempoh penyimpanan / 25 bulan

  • Tujuan-Aktiviti / Untuk membekalkan anda dengan komunikasi pemasaran dan maklumat tentang syarikat dan produk kami

  • Jenis data / (a) Identiti (b) Perhubungan (c) Pemasaran dan Komunikasi

  • Dasar yang sah untuk memproses termasuk asas kepentingan yang sah / (a) Keperluan untuk menjaga kepentingan sah kami (untuk membangunkan produk/perkhidmatan kami dan mengembangkan perniagaan kami) (b) Persetujuan

  • Tempoh penyimpanan / Mengikut pemberitahuan bahawa subjek data tidak lagi ingin menerima komunikasi pemasaran

  • Tujuan-Aktiviti / Untuk membalas secara terus kepada anda selepas anda menghubungi kami

  • Jenis data / (a) Identiti (b) Perhubungan (c) objek komunikasi anda, Pemasaran dan Komunikasi

  • Dasar yang sah untuk memproses termasuk asas kepentingan yang sah / (a) Keperluan untuk menjaga kepentingan sah kami (untuk menjawab pertanyaan anda) (b) Persetujuan

  • Tempoh penyimpanan / 48 bulan selepas komunikasi terakhir

Pertukaran tujuan

Kami hanya akan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pengumpulan, melainkan jika kami semunasabahnya merasakan bahawa kami perlu menggunakan data itu untuk tujuan lain dan tujuan tersebut adalah selari dengan tujuan asal. Jika anda ingin mendapatkan penjelasan tentang cara pemprosesan untuk tujuan baharu adalah selari dengan tujuan asal, sila hubungi kami.

Jika kami perlu menggunakan data peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memaklumkan perkara ini kepada anda dan menerangkan asas undang-undang yang membenarkan kami berbuat demikian.

Sila ambil maklum bahawa kami mungkin memproses data peribadi anda tanpa pengetahuan atau persetujuan anda, dengan mematuhi peraturan di atas, apabila perbuatan ini dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.

Penyimpanan Data

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh selama yang semunasabahnya perlu untuk memenuhi tujuan pengumpulan data tersebut, termasuk untuk tujuan memenuhi apa-apa keperluan undang-undang, kawal selia, percukaian, perakaunan atau pelaporan. Kami mungkin menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang lebih lama sekiranya terdapat aduan atau sekiranya kami semunasabahnya percaya bahawa terdapat kemungkinan berlakunya tindakan undang-undang (litigasi) berkenaan dengan hubungan kami dengan anda.

Untuk menentukan tempoh penyimpanan yang wajar bagi data peribadi, kami mengambil kira jumlah, sifat dan sensitiviti data peribadi tersebut, risiko kemungkinan berlaku sebarang kemudaratan daripada penggunaan atau pendedahan data peribadi anda yang dilakukan tanpa kebenaran, tujuan pemprosesan data peribadi anda dan sama ada kami boleh mencapai tujuan tersebut melalui cara yang lain, serta mengambil kira keperluan undang-undang, kawal selia, percukaian dan perakaunan yang terpakai, atau keperluan lain.

Butiran tentang tempoh penyimpanan aspek data peribadi anda yang berbeza-beza disenaraikan dalam jadual di bawah.

Pemasaran

Anda boleh meminta supaya kami atau pihak ketiga berhenti menghantar pesanan pemasaran kepada anda pada bila-bila masa dengan mengikuti pautan pilih keluar pada mana-mana pesanan pemasaran yang dihantar kepada anda, atau dengan cara menghubungi kami pada bila-bila masa.

Apabila anda memilih keluar daripada menerima pesanan pemasaran daripada kami, ini tidak akan terpakai bagi data peribadi yang diberikan kepada kami sebagai hasil daripada aktiviti/tujuan 1-4 di atas.

Pendedahan Data peribadi anda

Tertakluk pada persetujuan anda, kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga dalaman atau luaran.

Dalam apa-apa keadaan, kami mengkehendaki semua pihak ketiga agar menghormati keselamatan data peribadi anda dan mengendalikan data tersebut menurut undang-undang. Kami tidak membenarkan penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan mereka sendiri dan hanya membenarkan mereka memproses data peribadi anda untuk tujuan tertentu sahaja mengikut arahan kami.

Pemindahan Antarabangsa

Kami berkongsi data peribadi anda dalam kalangan kumpulan syarikat Rolex. Ini mungkin melibatkan pemindahan data anda ke luar Kawasan Ekonomi Eropah (European Economic Area, EEA) atau Switzerland.

Sebilangan daripada pihak ketiga luaran kami berpusat di luar Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland. Maka, pemprosesan data peribadi anda oleh mereka akan melibatkan pemindahan data ke luar Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland.

Pada bila-bila masa kami memindahkan data peribadi anda ke luar Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland, kami memastikan bahawa tahap perlindungan yang serupa diberikan kepada data tersebut dengan memastikan bahawa sekurang-kurangnya salah satu langkah keselamatan di bawah dilaksanakan:

  • Kami akan memindahkan data peribadi anda ke negara-negara yang telah disifatkan oleh Suruhanjaya Eropah sebagai memiliki tahap perlindungan yang mencukupi untuk data peribadi. Switzerland ialah negara sedemikian.

  • Apabila kami menggunakan penyedia perkhidmatan tertentu, kami mungkin menggunakan Klausa Kontrak Standard yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah yang memastikan tahap perlindungan yang mencukupi untuk data peribadi dapat dikekalkan. Sekiranya perlu, kami bersetuju dengan langkah-langkah tambahan.

Sila hubungi kami sekiranya anda mahukan maklumat lanjut tentang mekanisme khusus yang kami gunakan apabila memindahkan data peribadi anda ke luar Kawasan Ekonomi Eropah.

Keselamatan Data

Kami telah menyediakan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk mencegah data peribadi anda daripada hilang dengan tidak sengaja, digunakan atau diakses tanpa kebenaran, diubah suai atau didedahkan. Selain itu, kami juga mengehadkan akses kepada data peribadi anda hanya kepada pekerja, ejen, kontraktor dan pihak ketiga kami yang mempunyai keperluan perniagaan untuk ambil maklum. Mereka hanya akan memproses data peribadi anda mengikut arahan kami dan mereka juga tertakluk pada kewajipan kerahsiaan.

Kami telah menyediakan prosedur untuk menangani sebarang pelanggaran data peribadi yang disyaki dan kami akan memaklumkan pelanggaran ini kepada anda dan mana-mana badan berkuasa penyeliaan yang berkenaan apabila kami dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian.

Kuki & pautan pihak ketiga

Anda boleh menetapkan pelayar anda supaya menolak semua atau sebahagian daripada kuki pelayar, atau untuk memberitahu anda apabila terdapat laman web yang menetapkan atau mengakses kuki. Jika anda menyahdayakan atau menolak penggunaan kuki, sila ambil maklum bahawa ini mungkin akan menyebabkan sebahagian daripada laman web ini tidak boleh diakses atau tidak berfungsi dengan betul. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kuki yang kami gunakan, sila lihat di sini: Kuki Rolex

Laman web ini mungkin termasuk pautan ke laman web, pemalam dan aplikasi tertentu pihak ketiga. Tindakan mengklik pada pautan tersebut atau membenarkan sambungan dibuat mungkin akan membolehkan pihak ketiga mengumpul atau berkongsi data tentang anda. Kami tidak mengawal laman web pihak ketiga ini dan kami tidak bertanggungjawab atas pernyataan privasi mereka. Apabila anda meninggalkan laman web kami, kami menggalakkan anda agar membaca notis privasi setiap laman web yang anda layari.

Hak anda di sisi undang-undang

Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak-hak berikut di bawah undang-undang perlindungan data berkenaan dengan data peribadi anda:

  • Meminta akses kepada data peribadi anda (biasanya dikenali sebagai “permintaan akses subjek data”). Ini membolehkan anda menerima satu salinan data peribadi yang kami pegang tentang anda dan memeriksa bahawa kami memproses data itu secara sah.

  • Meminta pembetulan terhadap data peribadi tentang anda yang kami pegang. Ini membolehkan anda membetulkan sebarang data tentang anda yang tidak lengkap atau tidak tepat. Namun begitu, kami mungkin perlu mengesahkan ketepatan data baharu yang anda berikan kepada kami.

  • Meminta pemadaman data peribadi anda. Ini membolehkan anda meminta kami untuk memadam atau mengeluarkan data peribadi apabila tiada sebab yang wajar untuk kami meneruskan pemprosesan. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami memadam atau mengeluarkan data peribadi anda apabila anda telah berjaya menjalankan hak anda untuk membantah pemprosesan (lihat di bawah), apabila kami mungkin telah memproses maklumat tentang anda dengan cara yang tidak sah, atau jika kami dikehendaki untuk memadamkan data peribadi anda bagi mematuhi undang-undang tempatan. Sila ambil maklum bahawa kami mungkin tidak sentiasa dapat memenuhi permintaan anda untuk membuat pemadaman atas sebab perundangan khusus yang akan dimaklumkan kepada anda, jika terpakai, pada masa permintaan anda dibuat.

  • Membantah pemprosesan data peribadi anda apabila kami berbuat demikian atas asas kepentingan sah (atau kepentingan sah suatu pihak ketiga) dan terdapat sesuatu tentang situasi tertentu anda yang menyebabkan anda mahu membantah pemprosesan atas alasan ini kerana memberikan kesan kepada hak dan kebebasan asasi anda. Anda juga mempunyai hak untuk membantah jika kami memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung. Dalam kes tertentu, kami mungkin menunjukkan bahawa kami mempunyai alasan yang sah dan kukuh untuk memproses maklumat anda yang mengatasi hak dan kebebasan anda.

  • Meminta sekatan terhadap pemprosesan data peribadi anda. Ini membolehkan anda meminta kami menggantungkan pemprosesan data peribadi anda dalam senario berikut:

    • Jika anda mahu kami memastikan ketepatan data.

    • Jika penggunaan data tersebut oleh kami menyalahi undang-undang tetapi anda tidak mahu kami memadamkan data tersebut.

    • Jika anda memerlukan kami memegang data walaupun kami tidak lagi mengkehendaki data itu kerana anda memerlukan data tersebut untuk membuat, menjalankan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.

    • Anda telah membantah penggunaan data anda oleh kami tetapi kami perlu mengesahkan sama ada kami mempunyai alasan sah yang lebih utama untuk menggunakan data tersebut.

  • Meminta pemindahan data peribadi anda kepada diri anda atau kepada suatu pihak ketiga. Kami akan memberi anda, atau suatu pihak ketiga yang telah anda pilih, data peribadi anda dalam format yang berstruktur, biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin. Sila ambil maklum bahawa hak ini cuma terpakai bagi maklumat automatik yang telah anda berikan persetujuan kepada kami untuk digunakan atau jika kami menggunakan maklumat tersebut untuk melaksanakan sesuatu kontrak dengan anda.

  • Menarik balik persetujuan pada bila-bila masa apabila kami bergantung pada persetujuan untuk memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, ini tidak akan memberikan kesan terhadap kesahan mana-mana pemprosesan yang telah dijalankan sebelum anda menarik balik persetujuan anda. Sekiranya anda menarik balik persetujuan anda, kami mungkin tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan tertentu kepada anda. Kami akan menjelaskan kepada anda sekiranya ini terjadi pada masa anda menarik balik persetujuan anda.

Jika anda ingin menggunakan mana-mana hak yang dinyatakan di atas, sila hubungi penyelia data peribadi.

Lazimnya tiada fi dikenakan

Anda tidak perlu membayar fi untuk mengakses data peribadi anda (atau untuk menggunakan hak-hak anda yang lain). Namun, kami mungkin mengenakan fi yang munasabah sekiranya permintaan anda jelas sekali tidak berasas, berulang-ulang atau keterlaluan. Sebagai alternatif, kami boleh menolak daripada memenuhi permintaan anda dalam keadaan seperti ini.

Perkara yang mungkin kami perlukan daripada anda

Kami mungkin perlu meminta maklumat khusus daripada anda untuk membantu kami mengesahkan identiti anda dan memastikan hak anda untuk mengakses data peribadi anda (atau untuk menggunakan mana-mana hak anda yang lain). Ini merupakan langkah keselamatan untuk memastikan data peribadi tidak didedahkan kepada mana-mana orang yang tidak mempunyai hak untuk menerima data tersebut. Kami mungkin juga akan menghubungi anda untuk meminta maklumat lanjut daripada anda berhubung dengan permintaan anda bagi mempercepat maklum balas daripada kami.

Had masa untuk maklum balas

Kami cuba memberikan maklum balas kepada semua permintaan yang sah dalam tempoh satu bulan. Kadangkala kami mungkin mengambil masa lebih daripada satu bulan jika permintaan anda agak rumit atau jika anda telah membuat beberapa permintaan. Dalam kes ini, kami akan memberitahu hal ini kepada anda dan juga memaklumkan perkembangan terkini kepada anda.

Kewajipan anda untuk memberitahu kami tentang perubahan

Penting untuk data peribadi yang kami simpan tentang anda bersifat tepat dan terkini. Sila maklumkan kepada kami jika terdapat perubahan pada data peribadi anda semasa hubungan anda dengan kami berlangsung.

Hubungi Rolex

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang Dasar ini, amalan privasi kami atau komunikasi anda dengan Rolex, sila hubungi Rolex secara bertulis atau melalui telefon:

ROLEX SA
Rue François-Dussaud, 3-5-7
1211 Genève 26 – Switzerland
+41 22 302 22 00

E-mel: privacy@rolex.com
ROLEX SA hanya akan memberikan maklum balas terhadap pertanyaan tentang perlindungan data. Sebarang komunikasi hendaklah dihantar dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Perancis.

Pertanyaan: enquiries@rolex.com
ROLEX SA hanya memberikan maklum balas kepada pertanyaan tentang perkhidmatan selepas jualan. Sebarang komunikasi hendaklah dihantar dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Perancis. Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi peruncit anda.

Penyelia perlindungan data: Encik Xavier Braun
Tarikh Dasar ini dikemas kini: April 2021