Amat mudah dikenali dengan penanda jam 3, 6 dan 9 yang besar, digabungkan dengan skala minit yang menonjol, Oyster Perpetual Air-King mewakili hubungan yang telah terjalin antara Rolex dengan dunia penerbangan sejak 1930-an. Teguh dan tepat, jam tangan ini memberikan penghormatan kepada perintis pengembaraan udara yang berani. Rupanya yang unik mengimbas kembali sejarah bersama yang melakar rekod dan pencapaian. Melalui inspirasi aeronautik ini, Air-King menggalakkan kita agar meraikan semangat pengembaraan kita dan menggapai langit.
Air-King meraikan sejarah perkongsian yang panjang antara Rolex dengan pengembaraan aeronautik.
Tanda kecemerlangan
Air-King menyertai keluarga jam tangan Rolex pada tahun 1958. Nama jam yang terpapar pada permukaan, ditulis dalam muka huruf condong yang tersendiri – pengecualian untuk Rolex. Tanda ini – dipilih pada masa itu oleh Hans Wilsdorf sendiri – kekal tidak berubah sejak itu.
Gaya yang tidak dapat disangkal
Pada tahun 2016, Air-King telah direka semula sepenuhnya. Walaupun permukaan hitam dengan skala minit yang menonjol menyerupai jam tangan bersejarah tertentu yang dibuat untuk penerbangan serta mengukuhkan hubungannya dengan dunia aeronautik, ciri tiga jarum dan pelindung putaran jam (dari 2022) menempatkan model ini dalam dunia jam tangan Profesional.
Satu lagi ciri istimewa, warna hijau jarum saat adalah sama dengan nama Rolex. Hal ini dicapai melalui percetakan pad, teknik yang turut digunakan untuk putaran jam lima pancang yang simbolik, dipaparkan dalam warna kuning pada Air-King: satu pengecualian dalam koleksi Oyster Perpetual. Unsur-unsur ini memberikan jam tangan itu gaya yang dapat dikenali serta-merta dan personaliti unik.
Walaupun kekal kukuh dalam garis keturunan jam tangan Rolex Professional, Air‑King mempunyai personaliti yang unik.
Jam tangan Profesional yang direka sebagai penghormatan, jam tangan penghormatan yang bertukar menjadi Profesional.
Penambahbaikan berterusan
Selain perubahan estetik ini, Air-King kerap memanfaatkan inovasi teknologi dan pembuatan jam. Jam ini kini dilengkapi dengan kristal nilam yang betul-betul kalis calar. Kedua-dua penutup dan rantainya diperbuat daripada Oystersteel, aloi yang sangat tahan kakisan.
Permukaannya menampilkan jarum, penanda jam segi tiga dan angka tampal hias 3, 6 dan 9 yang besar, semuanya diisi dengan bahan pendarkilau berprestasi tinggi. Oleh itu, paparan Chromalight memberi Air-King kebolehbacaan optimum dalam apa-apa keadaan.
Pada tahun 2022, jam tangan itu menggunakan kaliber 3230. Satu garapan teknologi yang sempurna, gerakan ini mempunyai komponen yang tahan terhadap medan magnet yang kuat. Seperti semua jam tangan kami, Air-King mempunyai pensijilan Kronometer Superlatif.
Air‑King menyeru anda agar mengikuti kata hati anda sendiri dan menemukan ufuk baharu.
Semakin tinggi
Air-King mewakili sejarah perkongsian antara Rolex dengan pelopor penerbangan moden. Sambil meraikan wira yang menjadikan langit sebagai wilayah penaklukan dan pencapaian yang berani, jam tangan ini juga ditujukan untuk perintis hari ini dan akan datang.
Air-King ialah jam tangan buat mereka yang mahu menentukan nasib mereka sendiri dan melampaui had kemampuan diri, supaya terus mencapai tahap yang lebih tinggi.