Sea-Dweller

Penghuni laut dalam

Menyahut cabaran penyahmampatan

Rolex mencipta Oyster Perpetual Sea‑Dweller pada tahun 1967 untuk menyahut cabaran misi di bawah permukaan air dalam tempoh yang lama. Selepas ditambah baik dengan kerjasama rapat bersama para pakar Comex (Compagnie Maritime d'Expertises), model ini kini kalis air hingga 1,220 meter (4,000 kaki). Sea‑Dweller direka khusus untuk selaman tepu. Dengan adanya injap lepas helium, jam ini mampu menahan penyahmampatan semasa naik semula ke permukaan – fasa terakhir penerokaan laut dalam.

Melepaskan tekanan dalaman secara beransur-ansur apabila perlu.

Mendiami perairan laut

Pada tahun 1960-an, selaman “tepu” membolehkan penyelam kekal berada di laut dalam untuk tempoh yang lama. Para penyelam ditempatkan dalam habitat bertekanan untuk menghasilkan semula tekanan yang wujud dalam persekitaran kerja bawah air mereka. Jadi, mereka hanya perlu menjalani satu proses penyahmampatan pada akhir misi.
Proses ini boleh merosakkan jam tangan. Para penyelam menghirup campuran gas yang terutamanya terdiri daripada helium yang memiliki atom yang sangat halus dan mampu menembusi penutup jam. Semasa naik ke permukaan, helium yang terperangkap boleh mencipta fenomena tekanan dalaman berlebihan yang boleh menjejaskan keutuhan jam tangan penyelam.
Untuk mengatasi masalah ini, Rolex memperkenalkan Sea-Dweller, jam tangan penyelam dengan injap lepas helium pada tahun 1967. Injap keselamatan unik ini terbuka secara automatik apabila tekanan dalaman di dalam penutup terlalu tinggi, lantas membolehkan atom helium terlepas.

Kanta Siklops

Lembaran baharu dunia penyelaman

Semakin banyak misi bawah laut dilaksanakan dari tahun 1960-an dan seterusnya dengan penerapan format baharu. Penyelam kini bukan sahaja berhadapan dengan masa selaman yang lebih lama semasa selaman tepu, malah cabaran menyelam ke tempat yang lebih dalam. Oleh itu, jam tangan profesional yang direka untuk mereka mestilah mampu menahan tekanan yang kian meningkat.

Dengan jaminan kalis air hingga kedalaman 610 meter (2,000 kaki) semasa dilancarkan pada tahun 1967, kemudian kepada 1,220 meter (4,000 kaki) dari tahun 1978, Sea‑Dweller menggabungkan semua sifat jam tangan penyelam moden.

Diuji dalam keadaan sebenar sebagai sebahagian daripada program Tektite yang dijalankan bersama oleh NASA, Tentera Laut AS dan Kerajaan AS pada tahun 1969, Sea‑Dweller mengiringi eksperimen utama habitat bawah air yang pertama.

Sea-Dweller Rolesor
Bezel searah

Laut dalam: persekitaran kerja tunggal

Di bawah permukaan air yang lebih dalam

Pada tahun 1971, Rolex merasmikan perkongsian eksklusif dengan Comex apabila Sea-Dweller digunakan oleh para penyelam yang memegang banyak rekod dunia. Syarikat Perancis yang pakar dalam kejuruteraan, teknologi dan kerja-kerja bawah air itu membangunkan ruang simulasi hiperbarik yang digunakan untuk meningkatkan latihan buat penyelidik oseanografi, juruterbang jet pejuang dan angkasawan.

Ekoran daripada perkongsian ini, Comex bekerjasama dengan Rolex untuk mereka bentuk dan membangunkan tangki hiperbarik yang digunakan untuk ujian kekalisan air yang dijalankan sebagai sebahagian daripada proses pensijilan Kronometer Superlatif. Tangki ini digunakan untuk menguji ketahanan jam tangan pada kedalaman hingga 13,750 meter (45,112 kaki), sepertimana Deepsea Challenge, jam tangan penyelam untuk kedalaman yang melampau.

Ujian tekanan
  • Permukaan Sea-Dweller
    Temui lagi
  • Inskripsi permukaan Sea-Dweller
    Temui lagi