Sejak ditubuhkan pada tahun 1905, Rolex memulakan satu usaha yang melibatkan kemahiran ramai orang dan banyak kerja yang sukar, hari demi hari, tahun demi tahun. Satu usaha yang mencabar, teliti dan berterusan. Usaha memburu kecemerlangan.
Visi Hans Wilsdorf, pengasas Rolex
Untuk mengikuti visi pengasas kami Hans Wilsdorf, kami berterusan menyokong pelopor dalam kalangan kami. Para lelaki dan wanita yang mengukir sejarah pada zaman mereka, dan masih meninggalkan nama pada zaman kita. Pengalaman berdekad-dekad yang diperoleh di pergelangan tangan mereka tidak pernah berhenti mengilhamkan kerja kami sebagai tukang jam. Di dalam bengkel kami, tempat semua jam tangan dilahirkan, setiap satu diuji pada setiap langkah pembuatan agar mematuhi standard superlatif kami.
Ini memerlukan banyak masa tetapi bagi kami, yang terbaik boleh dan mesti sentiasa ditambah baik. Oleh itu, kami memperbaik sifat kalis air produk kami dengan sentiasa menjangkaui kedalaman baharu. Kami meningkatkan kekukuhan jam tangan dengan memperhalus penguasaan bahan dan penghasilan kami. Kami meningkatkan ketepatan dan autonomi jam dengan terus mencipta gerakan generasi baharu.
Pengetahuan bersepadu untuk kepakaran menyeluruh
Walaupun begitu, keazaman kami untuk sentiasa melampaui batasan akan menjadi sia-sia tanpa elemen autonomi. Dengan menyepadukan setiap pengetahuan dan disempurnakan secara konsisten, kami dapat mencipta peraturan dan standard superlatif kami sendiri. Standard yang kami sasarkan untuk diatasi dan sentiasa ditetapkan kepada tahap yang lebih tinggi.
Unik, boleh dipercayai dan jarang didapati
Kami mendedahkan sebahagian daripada pengetahuan kami dengan harapan anda dapat memahami unsur yang menjadikan Rolex benar-benar unik. Kualiti superlatif. Jarang didapati. Kebolehpercayaan yang tidak goyah, dalam apa jua keadaan. Setiap jam tangan Rolex mencerminkan misi yang cuba kami capai, secara berterusan: kecemerlangan pembuatan jam tangan untuk membantu pencapaian manusia.
Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex