Penjelajahan

Meneruskan semangat perintis

Pada tahun 1953, Rolex melengkapkan ekspedisi British yang menyaksikan Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay menawan puncak Gunung Everest. Jam tangan Rolex mengiringi mereka yang mengikuti jejak langkah penjelajah perintis. Para lelaki dan wanita yang bersemangat dengan keazaman untuk meneroka dan mengukir laluan baharu untuk masa hadapan.

Yayasan Himalayan Trust dan

Tenzing Norgay Sherpa

Gunung sebagai satu warisan

Selepas pendakian bersejarahnya bersama Tenzing Norgay Sherpa pada tahun 1953, pendaki gunung dan penjelajah Sir Edmund Hillary menubuhkan yayasan Himalayan Trust. Yayasan itu kini diterajui oleh anaknya Peter, juga seorang pendaki gunung yang berpengalaman. Yayasan itu telah membina dua hospital, 12 klinik desa, 28 sekolah dan sistem air bersih untuk membantu etnik Sherpa. Yayasan itu mendapat sokongan Rolex sejak tahun 2012.

Yayasan Sherpa Tenzing Norgay juga disokong oleh Rolex. Yayasan yang ditubuhkan oleh anak-anak Tenzing Norgay ini dikhususkan untuk memelihara budaya Sherpa serta menggalakkan pendidikan dan penjagaan kesihatan di kawasan pergunungan Khumbu di Nepal dan Darjeeling di Himalaya India. Tenzing Norbu, anak lelaki Norgay, memakai jam tangan Rolex bapanya, iaitu seutas model vintaj dari tahun 1952.

Pada tahun 2003, Peter Hillary dan Jamling Tenzing, seorang lagi anak lelaki Norgay, mengambil bahagian dalam ekspedisi peringatan yang dianjurkan dengan kerjasama National Geographic Society. Mereka bersama-sama kembali ke Everest, mengikut jejak langkah ayah mereka yang terkenal.

Temui lagi di Rolex.org

Testimoni Rolex sejak tahun 2022

Dawa Yangzum Sherpa

Seorang wanita berada di puncak

Dawa Yangzum Sherpa ialah seorang perintis. Pendaki gunung Nepal ini sangat dikagumi oleh rakan pendaki yang lain.

Pada tahun 2012, ketika berusia 21 tahun, beliau ialah wanita Nepal pertama yang mengepalai ekspedisi ke puncak Everest. Tetapi perjalanannya tidak berakhir di situ. Beliau telah menyelesaikan beberapa pendakian melebihi 8,000 meter, termasuk K2 (8,611 m), Makalu (8,485 m) dan Annapurna (8,091 m). Pada usia 27 tahun, beliau menjadi wanita pertama di Asia dan salah seorang yang termuda di dunia yang diiktiraf secara rasmi sebagai malim gunung antarabangsa, satu pengiktirafan profesional yang ulung. Selari dengan kerjanya sebagai malim dan dengan sokongan Rolex, Dawa Yangzum Sherpa menyampaikan pengetahuannya dengan melatih wanita muda Nepal untuk mendaki gunung, iaitu aktiviti penting dari segi ekonomi dan budaya di negaranya.

Dawa Yangzum Sherpa telah memakai Explorer sejak menyertai keluarga Testimoni Rolex pada tahun 2022. Beliau melihat peranan ini sebagai pendorong untuk generasi akan datang. “Saya tidak ada orang untuk dicontohi dan kadang-kadang ragu sama ada saya mampu melakukannya. Semoga kejayaan kecil saya akan memberikan inspirasi kepada gadis-gadis lain supaya mengejar impian mereka.”

Temui lagi di Rolex.org

Testimoni Rolex sejak tahun 1995

Ed Viesturs

Ed Viesturs
Puncak tertinggi

Menawan puncak tertinggi

Sebagai satu-satunya warga Amerika yang mendaki 14 puncak tertinggi di dunia tanpa oksigen tambahan, Ed Viesturs ialah seorang penjelajah yang jarang ditemui. Pada tahun 2005, selepas pendakian puncaknya yang ke-14, Annapurna, beliau telah dinobatkan sebagai Penjelajah Tahun Ini oleh National Geographic Society.

Pendaki gunung berpengalaman itu telah melakukan 21 pendakian melebihi 8,000 meter, termasuk mendaki Everest sebanyak tujuh kali. Ujarnya, “Penjagaan masa adalah mustahak. Untuk seorang penjelajah, jam tangan yang anda miliki hendaklah boleh dipercayai. Jam itu mestilah tahan lasak, kalis air, tahan kejutan dan mudah digunakan.”

Rinzin Phunjok Lama

Melindungi hidupan liar di pergunungan Nepal

Rinzin Phunjok Lama ialah ahli biologi dan ahli ekologi muda Nepal yang berasal dari kawasan lembah berais dan curam di Humla, salah satu tempat paling terpencil di bumi. Di kawasan ini yang terletak pada ketinggian 5,000 meter, manusia dan haiwan sentiasa bergelut untuk terus hidup, dan haiwan selalunya menjadi mangsa. Saintis ini merupakan tokoh aktivis alam sekitar generasi baharu yang terkemuka di Nepal dan beliau yakin bahawa penglibatan dan kepakaran penduduk tempatan boleh membawa perubahan.

Oleh itu, Rinzin Phunjok Lama menggalakkan penduduk Himalaya agar terlibat dalam pemeliharaan hidupan liar yang terancam, daripada harimau salji hinggalah yak liar. Beliau menggalakkan mereka agar menerajui isu alam sekitar melalui penubuhan perniagaan setempat dan pemilikan tadbir urus untuk membina komuniti gunung yang lebih mantap.

Temui lagi di Rolex.org