Menjaga dan menyenggara Rolex anda
Kualiti dan kebolehpercayaan
Jam tangan Rolex direka dan dibina untuk bertahan.
Hans Wilsdorf menerapkan falsafah kecemerlangan yang berterusan dan jenama ini telah membuktikan reputasi tersebut.
Dari awal lagi, pengasas Rolex telah menubuhkan rangkaian bengkel pembuatan jam di seluruh dunia, yang berfungsi untuk memastikan semua jam tangan jenama ini dapat menjalani penyenggaraan terbaik dan seterusnya mengekalkan prestasi teknikal yang cemerlang serta penampilan yang utuh. Hasilnya, tidak ada had tentang tempoh jam tangan Rolex boleh berfungsi, diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya dan untuk beberapa kehidupan.