Meneroka kedalaman
Pada tahun 1950-an, penerokaan dunia bawah laut tidak lagi terhad kepada para saintis dan tentera. Submariner dilancarkan pada ketika aktiviti menyelam menjadi semakin popular. Ketertarikan orang ramai dengan penerokaan lautan membawa kepada penubuhan sekolah menyelam yang pertama.
Kalis air, teguh, teknikal dan boleh dibaca dengan sempurna, Submariner direka bentuk dengan mengambil kira kepopularan baru ini. Ia menjadi jam tangan alat pilihan para penyelam, memberikan mereka keyakinan untuk menerokai laut dalam.