Jam Tangan Pramilik Diperakui Rolex

Pensijilan Rolex

Dibina untuk bertahan, jam tangan Rolex selalunya mempunyai beberapa kehidupan. Rolex menawarkan peluang untuk membeli jam tangan yang telah dipakai sebelum ini yang diperakui asli dan dijamin oleh Rolex.

Keaslian Dijamin

Program Pramilik Diperakui Rolex menjamin keaslian jam tangan Rolex terpakai pada masa jualan semula oleh Peruncit Rasmi yang memaparkan plak khas Pramilik Diperakui Rolex. Ini menjamin bahawa jam-jam tangan ini mempunyai kriteria kualiti yang terdapat pada semua produk Rolex meliputi pengetahuan serta profesionalisme lengkap daripada rangkaian pakar Rolex di seluruh dunia.

SAV

Sebuah lambang

kecemerlangan

Meterai Pramilik Diperakui Rolex yang disertakan dengan jam tangan anda melambangkan status jam sebagai seutas jam tangan Rolex terpakai yang diperakui. Gelaran eksklusif ini mengesahkan bahawa jam tangan ini adalah asli pada tarikh pembelian dan berfungsi baik, dan berserta jaminan antarabangsa selama dua tahun.

Sebuah lambang kecemerlangan
Submariner

Dua Tahun

Jaminan Antarabangsa Rolex

Dihantar pada masa jualan, kad jaminan Pramilik Diperakui Rolex secara rasminya mengesahkan bahawa jam tangan tersebut adalah asli pada tarikh pembelian dan menjamin jam tangan berfungsi baik untuk tempoh dua tahun dari tarikh ini menurut manual jaminan.

Jaminan Antarabangsa Dua Tahun Rolex

Membeli seutas jam tangan Pramilik Diperakui Rolex

Setiap jam tangan Pramilik Diperakui Rolex dipersembahkan dalam kantung yang tersendiri. Jam tangan disertakan dengan meterai Pramilik Diperakui Rolex, kad jaminan antarabangsa selama dua tahun, buku kecil penyenggaraan dan buku kecil jaminan.

Sebuah lambang kecemerlangan

Dibina untuk bertahan, jam tangan Rolex selalunya mempunyai beberapa kehidupan.

Submariner