Kecemerlangan sedang dicipta

Gerakan bersama

Selama hampir 50 tahun, Rolex telah menjalinkan hubungan istimewa dengan tenis, sejenis sukan dengan daya tarikan global, yang sejarahnya terus ditulis dengan cabaran baharu, cerita baharu dan juara baharu. Rolex dan tenis berkongsi satu set nilai asas yang kukuh: usaha berterusan ke arah kecemerlangan, keinginan untuk memburu ketepatan teknikal, usaha yang tidak goyah, rasa hormat terhadap tradisi dan menjangkaui batasan diri sendiri.

Wimbledon

Rakan kongsi utama

Rolex dan tenis pertama kali bersatu apabila Rolex bekerjasama dengan Kejohanan Wimbledon pada tahun 1978 semasa tenis sedang mengalami perubahan yang hebat.

Rolex lama-kelamaan menjalinkan hubungan dengan semua pertandingan elit sukan tersebut. Rolex kini merupakan rakan kongsi empat kejohanan Grand Slam®, semua acara utama dalam perlawanan lelaki dan wanita serta pertandingan pasukan antarabangsa yang terkemuka.

Menjamin masa depan tenis selama hampir 50 tahun

Iga Świątek
Terbuka Amerika Syarikat

Rolex menyokong bakat masa lalu dan sekarang

Rolex membantu dalam memupuk pembangunan tenis dengan mengukuhkan komitmen terhadap bakat muda dan atlet paling ikonik yang pencapaian luar biasa mereka telah membawa glamor dan keunggulan kepada sukan ini.

Kejayaan cemerlang di Melbourne

Pada Januari 2024, Testimoni Rolex Jannik Sinner memenangi gelaran Grand Slam® sulungnya di Rod Laver Arena. Beliau menjadi warga Itali pertama memenangi Terbuka Australia dan hanya lelaki ketiga dari negaranya yang merangkul juara perseorangan Grand Slam®. Susulan kejayaan ini, musimnya yang cemerlang diteruskan dengan mencapai kedudukan No. 1 Dunia dan menambah trofi Grand Slam® kedua di Terbuka Amerika Syarikat. Rolex telah menyokong beliau sepanjang perjalanan hebat ke puncak kejayaan ini sejak menyertai keluarga Testimoni pada tahun 2020.

Temui lebih lanjut
Jannik Sinner