Laman Web Rasmi Rolex

Semua produk yang dipaparkan pada Laman Web mungkin boleh didapati di Peruncit Rasmi Rolex. Bagi memastikan ketulenan, produk Rolex yang asli hanya boleh didapati secara eksklusif melalui Peruncit Rasmi Rolex. Rolex tidak menjual jam tangan melalui Laman Web dan tidak dapat menjamin keaslian jam tangan yang dibeli dalam talian. Rolex menjemput anda agar melawat Peruncit Rasmi Rolex yang berhampiran dengan anda.

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran kami dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan kami telah melebihi kapasiti ini. Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta penjualan jam tangan kepada pelanggan. Peruncit Rasmi Rolex boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex berhak mengubah suai model yang dipaparkan pada laman web pada setiap masa. Rolex telah cuba memaparkan bentuk dan warna produk dengan tepat pada laman web. Hal ini bergantung sepenuhnya pada paparan skrin anda dan mungkin akan ada sedikit perbezaan.

Sebarang tambahan atau penggantian bahagian dan aksesori yang bukan dikeluarkan oleh Rolex, sama ada pemindaan, pengubahsuaian atau sebarang perubahan ketara dilakukan ke atas produk Rolex oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan pembatalan waranti. Rolex tidak meluluskan apa-apa perubahan yang dilakukan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran pada produk Rolex, termasuk penambahan elemen lisan dan grafik, serta apa-apa aktiviti penyesuaian (seperti jam tangan yang disaluti warna hitam, penambahan berlian yang terdapat dalam pasaran, bezel, permukaan serta rantai jam tangan dan lain-lain. Pengubahsuaian ini boleh merosakkan kualiti dan integriti produk Rolex.

Semua hak milik intelektual seperti tanda dagangan, nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara adalah eksklusif hak milik Rolex.

Terma Penggunaan

Akses dan penggunaan laman web ROLEX.COM (“Laman Web”) oleh anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang berikut serta semua undang-undang yang berkenaan. Dengan mengakses dan melayari Laman Web ini, anda menerima tanpa had atau memperakui Perjanjian Terma Penggunaan ini.

Hak Cipta dan Tanda Dagangan Rolex

Rolex ialah pemilik Laman Web ini. Rolex memiliki atau mempunyai hak ke atas semua kertas dinding, ikon, watak-watak, karya seni, imej, grafik, muzik, teks, video, perisian dan kandungan lain Laman Web ini ("kandungan”), dan semua HTML, CGI serta kod dan skrip lain dalam sebarang format yang digunakan untuk melaksanakan Laman Web ini (“Kod”). Kandungan dan Kod Laman Web ini dilindungi oleh hak cipta. Kecuali seperti yang dinyatakan di sini, anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, memuat naik, memuat turun, menghantar, menerbitkan semula, memaparkan untuk pengedaran semula kepada pihak ketiga untuk tujuan komersial, ataupun mengedar sebarang Kod atau Kandungan daripada Laman Web tanpa persetujuan bertulis daripada Rolex. Anda tidak boleh menggunakan Kandungan atau Kod daripada Laman Web ini untuk sebarang tujuan selain yang dinyatakan di sini.

Semua nama, logo dan tanda dagangan yang dipaparkan pada Laman Web ini ialah hak milik Rolex. Anda tidak boleh menggunakan kandungan ini dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kekeliruan atau dengan apa-apa cara lain tanpa kebenaran bertulis daripada Rolex.

Kegagalan anda untuk mematuhi Perjanjian Terma Penggunaan akan menjadi pelanggaran kontrak dan akan melanggar hak cipta, tanda dagangan serta hak harta intelektual dan hak milik Rolex yang lain. Anda dibenarkan mencetak sebahagian kandungan Laman Web ini untuk tujuan bukan komersial sahaja.

Liabiliti: Tiada Jaminan atau Pernyataan

Walaupun Rolex berusaha sedaya upaya untuk memberikan maklumat yang tepat dan dikemas kini pada Laman Web, namun Rolex tidak membuat jaminan atau pernyataan berkaitan dengan kandungan Laman Web, yang disediakan "seadanya". Seperti yang dibenarkan oleh undang-undang, Rolex tidak akan bertanggungjawab dengan apa-apa cara sekalipun atas kehilangan data, pendapatan atau keuntungan sama ada secara langsung, tidak langsung, kebetulan, turutan, ganti rugi punitif dan/atau tuntutan pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan, akses kepada, atau ketidakupayaan untuk menggunakan maklumat dan/atau produk yang ditawarkan pada Laman Web atau apa-apa ganti rugi yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman Web ini. Selain itu, Rolex tidak bertanggungjawab dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau virus yang boleh mengakibatkan kerosakan pada peralatan komputer anda atau harta lain disebabkan capaian anda ketika menggunakan atau melayari Laman Web ini atau memuat turun maklumat daripada Laman Web ini.

Ketidaksahan mana-mana terma, syarat atau peruntukan dalam Perjanjian Terma Penggunaan tidak akan menjejaskan penguatkuasaan bahagian-bahagian Perjanjian Terma Penggunaan tersebut yang dianggap boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang mahkamah yang berkenaan.

Privasi

Sila baca Dasar Privasi yang akan diguna pakai oleh Rolex dalam menangani apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan.

Pautan dan Laman Web Pihak Ketiga

Rolex tidak bertanggungjawab atas kandungan mana-mana laman yang dipautkan ke atau dari Laman Web ini. Pautan ke laman web lain adalah atas risiko pengguna sendiri. Rolex boleh menyediakan pautan pada Laman Web ke laman yang lain dan pemasukan pautan tersebut adalah semata-mata untuk memudahkan pengguna. Rolex tidak membuat pernyataan dan menafikan semua jaminan secara nyata dan tersirat tentang ketepatan, kesahan, kesesuaian, ataupun tentang apa-apa bahan atau maklumat yang terkandung pada laman tersebut.

Semakan

Rolex boleh pada bila-bila masa menyemak semula terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Terma Penggunaan dengan meminda siaran ini. Anda menerima apa-apa pindaan dan hendaklah melawati halaman ini untuk meneliti terma dan syarat semasa yang diguna pakai untuk penggunaan Laman Web ini oleh anda dari semasa ke semasa.

Bidang Kuasa

Apa-apa pertikaian ke atas kandungan atau penggunaan Laman Web ini akan ditadbir oleh undang-undang substantif Switzerland dan bidang kuasa serta lokasi tindakan sedemikian hendaklah dihadapkan ke mahkamah biasa di Daerah Geneva sahaja.

Perjanjian Terma Penggunaan telah dikemas kini pada Julai 2018

© Rolex, 2018 Hak Cipta Terpelihara.

Logo F1 FORMULA 1, F1, FORMULA 1, KEJOHANAN DUNIA FORMULA SATU FIA, GRAND PRIX dan tanda-tanda yang berkaitan ialah jenama Pelesenan BV Formula Satu, sebuah syarikat Kumpulan Formula Satu.

Hak cipta terpelihara.