Tahun-tahun awal

1905–1919

Hans Wilsdorf

Sejarah Rolex berkait rapat dengan semangat pandangan jauh oleh pengasasnya, Hans Wilsdorf.

Hans Wilsdorf

1905

Hans Wilsdorf

Sejarah Rolex berkait rapat dengan semangat pandangan jauh oleh pengasasnya, Hans Wilsdorf. Pada tahun 1905, semasa beliau berumur 24 tahun, Hans Wilsdorf telah menubuhkan sebuah syarikat di London khusus untuk pengedaran jam tangan. Beliau mula mengimpikan jam tangan yang dipakai pada pergelangan tangan. Jam tangan pada ketika itu kurang tepat, namun Hans Wilsdorf meramalkan bahawa jam tangan tersebut bukan sahaja akan menjadi elegan, malah juga boleh dipercayai.

Untuk meyakinkan umum tentang kebolehpercayaan jam tangan inovatif ciptaannya, beliau melengkapkan jam ini dengan gerakan yang sangat kecil dan tepat yang dihasilkan oleh sebuah syarikat pembuatan jam tangan di Bienne.

Genius dalam lima huruf

1908

Genius dalam lima huruf

Beliau berkata. “Saya telah mencuba untuk menggabungkan abjad dengan pelbagai cara. Tercetuslah ratusan nama, tetapi tiada satu pun yang dirasakan sesuai. Pada suatu pagi, ketika sedang menunggang kereta kuda sepanjang Cheapside di Kota London, ada suara yang membisikkan ‘Rolex’ di telinga saya.”

Memburu Kepersisan Kronometri

1910

Memburu kepersisan kronometri

Rolex menumpukan perhatian pada kualiti gerakan. Usaha memburu kepersisan kronometri yang berterusan membuahkan hasil. Pada tahun 1910, jam tangan Rolex merupakan jam tangan pertama di dunia yang menerima Sijil Ketepatan Kronometri Switzerland (Swiss Certificate of Chronometric Precision), yang diberikan oleh Pusat Penilaian Jam Tangan Rasmi di Bienne.

Mencipta Oyster

1914

Sijil ketepatan kelas “A”

Empat tahun kemudian, pada tahun 1914, Balai Cerap Kew di England memberikan anugerah sijil ketepatan Kelas “A” kepada jam tangan Rolex, satu pencapaian yang cemerlang pada ketika itu yang hanya diberikan secara eksklusif untuk kronometer marin. Sejak tarikh itu, jam tangan Rolex begitu sinonim dengan ketepatan.

Geneva

1919

Geneva

Rolex telah berpindah ke Geneva, sebuah kota yang terkenal pada peringkat antarabangsa dalam pembuatan jam. Montres Rolex S.A telah didaftarkan di Geneva pada tahun 1920.