Gunung

Memahami planet kita dengan lebih baik

Ahli speleologi, ahli volkanologi dan penjelajah ekstrem tidak gentar untuk mengatasi batasan diri dan menempuh pelosok dunia yang diketahui. Tatkala kesendirian dan titik rujukan visual tidak lagi mencukupi, Explorer II ialah sekutu mereka yang dipercayai, dari kutub hinggalah teras bumi.

Cave exploration

Testimoni Rolex sejak tahun 2022

Francesco Sauro

Francesco Sauro

Memahami evolusi kehidupan melalui speleologi

Francesco Sauro ialah seorang ahli geologi Itali. Salah satu tapak kajian kegemarannya terletak di wilayah yang amat terpencil di Amerika Selatan, antara sempadan Venezuela dengan Brazil. Di sinilah terdapat banyak tepui, gunung berpuncak rata yang mempunyai gua-gua bawah tanah yang tidak pernah diusik oleh manusia.

Sauro mengatur dan mengetuai sendiri ekspedisinya. Bersama-sama dengan pasukannya, beliau turun ke perut bumi. Dengan menerokai gua bawah tanah ini, beliau mengumpulkan petunjuk berharga yang membantu kita memahami evolusi biosfera. Penjelajahannya telah membawa kepada penemuan spesies unik termasuk koloni bakteria yang mengajar kita tentang evolusi kehidupan di bumi. Sauro ialah Pemenang Anugerah Rolex untuk Perusahaan 2014.

Temui lagi di Rolex.org
Haroun Tazieff

Testimoni Rolex dari tahun 1972 hingga 1998

Haroun Tazieff

Haroun Tazieff

Mengambil denyut nadi Bumi

Haroun Tazieff memberikan impak besar kepada generasinya. Sebagai seorang saintis pelbagai disiplin dan perintis dalam volkanologi, beliau memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang betapa perlunya kita melindungi alam sekitar. Sikap yang dahagakan penemuan untuk memahami dunia secara mendalam menyebabkan jurutera perlombongan bertauliah dan ahli speleologi ini mengkaji gunung berapi. Matlamatnya adalah untuk mengukur perubahan suhu dalam gas dan magma yang dihasilkan oleh letusan.

Semasa penerokaannya, Tazieff menghadapi haba yang amat panas dan tahap sulfur dioksida yang sangat tinggi. Beliau memakai Explorer II di luar sut termanya. Pada tahun 1972, beliau menulis surat kepada Rolex, “Jam tangan saya baru sahaja lulus dengan cemerlang ujian gunung berapi yang pertama dan begitu mencabar, dengan gas yang sangat agresif di Gunung Etna. Jam ini berfungsi dengan sempurna, tidak seperti jam tangan rakan sepasukan yang lain.”

Testimoni Rolex sejak tahun 1999

Alain Hubert

Alain Hubert
Alain Hubert

Sains dan penjelajahan untuk memelihara planet kita

Alain Hubert menemui minatnya terhadap aktiviti luar yang mencabar semasa mengharungi Himalaya. Semasa menerokai dua kutub, beliau menyedari betapa isu alam sekitar harus diberikan perhatian segera.

Pencapaian jurutera awam itu termasuk rekod melintasi Antartika terpanjang, sejauh lebih 4,000 kilometer. Semasa kebanyakan ekspedisi, beliau mengumpul data saintifik yang akan membantu dalam memerangi kesan buruk pemanasan global. Maklumat yang dikumpul digunakan untuk memahami evolusi ekosistem.

Hubert yang menitikberatkan pemerhatian lapangan berkata, "Explorer II ialah jam tangan ringkas dan dalam ekspedisi, saya mahu membawa peranti yang ringkas bersama."

Felicity Aston

Felicity Aston
Felicity Aston

Berlumba dengan masa

Felicity Aston ialah wanita pertama yang melintasi Antartika seorang diri: perjalanan selama 59 hari, sejauh 1,800 kilometer dengan menaiki ski. Selain keinginan untuk memecahkan rekod, kesan buruk pemanasan global mendorong Aston mengetuai ekspedisi baharu, kali ini ke kawasan Kutub Utara yang berais dalam Ekspedisi Kutub Utara Eropah-Arab Wanita pada tahun 2018. Setelah menyaksikan kemusnahan yang sedang berlaku, penjelajah dan ahli meteorologi yang hebat ini mengasaskan Ekspedisi Kutub Utara B.I.G (Before It’s Gone). Disokong oleh Rolex, misi penerokaan ini diketuai oleh enam wanita. Matlamat mereka adalah untuk mendokumenkan landskap Artik dan akibat perubahan iklim dalam konteks kecairan bongkah ais Artik yang semakin pantas. Bagi Aston, misi penting ini bagaikan berlumba dengan masa: “Dalam beberapa tahun lagi, kita tidak akan dapat berjalan di Lautan Artik, jadi penting untuk kita mengumpul data penting ini sementara masih ada masa.”