Sky-Dweller

Terbang tinggi

Menguasai masa perjalanan

Oyster Perpetual Sky‑Dweller direka khas untuk mereka yang sentiasa mengembara ke seluruh dunia. Menampilkan kalendar tahunan Saros dan sistem Ring Command, jam ini menunjukkan dua zon waktu secara serentak, serta tarikh dan bulan yang membolehkan pelarasan dibuat dengan satu gerak isyarat mudah. Sejak dicipta pada tahun 2012, Sky‑Dweller telah menjadi alat yang amat berguna untuk mengelakkan kesulitan perbezaan masa dan memungkinkan perancangan awal dibuat. Dengan jam tangan teknikal lagi elegan ini, ke mana-mana sahaja anda mengembara, anda bergerak seiring dengan peredaran masa.

Melintasi meridian seolah-olah sempadan yang tidak kelihatan.

Sky-Dweller

Perjalanan yang berterusan

Menampilkan sistem intuitif dan revolusioner untuk melaraskan fungsi, Sky-Dweller memenuhi keperluan mereka yang bergerak dari satu zon waktu ke zon waktu yang lain. Semasa memaparkan waktu tempatan menggunakan jarum tengah, permukaan jam memperlihatkan cakera putaran luar pusat bersenggat 24 jam yang membolehkan anda membaca masa dalam zon waktu kedua atau masa rujukan. Tarikh dan bulan, jam, minit, saat dan zon waktu kedua: semua ciri ini, boleh dilihat sepintas lalu, merupakan titik rujukan penting buat para pengembara dunia.

Sangat inovatif, Sky‑Dweller menggabungkan kecanggihan mekanikal dengan reka bentuk asal.

Sky-Dweller permukaan hijau

Jalinan kerumitan dan keringkasan

Dibangunkan khas untuk Sky-Dweller, kalendar tahunan Saros kami yang dipatenkan merupakan identiti utama model ini. Nama mekanisme ini dengan reka bentuk inovatif diilhamkan oleh istilah Yunani yang menandakan kitaran gerhana bulan dan matahari. Kalendar Saros hanya memerlukan satu pelarasan tarikh setahun, iaitu apabila Februari bertukar kepada Mac. Begitu intuitif dan mudah dibaca. Bulan semasa ditunjukkan dengan warna merah dalam satu daripada beberapa bukaan yang menandakan penanda jam di sekeliling lilitan permukaan.

Reka bentuk yang simbolik, ciri yang eksklusif.

Sky-Dweller

Masa yang terkawal

Ciri pemantulan sinaran matahari mengikut setiap pergerakan pergelangan tangan menerusi sesegi berbilang, bezel berjejalur – estetika unik pada sesetengah jam tangan Klasik kami – diberikan fungsi eksklusif di sini dengan adanya sistem Ring Command. Peranti mekanikal ini menawarkan akses mudah kepada tetapan Sky-Dweller. Interaksi antara bezel boleh putar, putaran jam pusingan dan gerakan membolehkan pemilihan dan penetapan fungsi secara cepat dan selamat. Cuma pusingkan bezel lawan arah jam untuk memilih, takuk demi takuk, kalendar – tarikh dan bulan, masa rujukan atau tempatan – sebelum dilaraskan menggunakan putaran jam.

Sky-Dweller

Melihat dunia dengan persepsi baharu, di setiap tempat dan masa.

Sentiasa selangkah ke hadapan

Sky-Dweller ialah jam tangan yang elegan dan canggih dari segi teknikal. Jam ini khusus untuk mereka yang melihat dunia sebagai sebuah wilayah tanpa sempadan. Jam ini membolehkan pengembara mengelakkan kesulitan perbezaan waktu dan sentiasa berada selangkah ke hadapan. Dari saat perjalanan bermula, mereka bersedia untuk memulakan pengembaraan baharu.

Model baru
  • m336938-0006
    Temui
  • Rolesor Sky-Dweller