Rolex dan seni

Menyentuh emosi menerusi gerakan global

Mengilhami generasi akan datang, mendorong kecemerlangan, mewariskan semangat kesenian. Dan mengekalkan budaya yang sentiasa berkembang.

Dengan menyokong institusi berprestij dan acara kebudayaan utama dalam bidang seni bina, pawagam dan muzik, Rolex membantu dalam memartabatkan dunia seni. Dengan menyokong seniman handalan yang tanpa jemu menggarap semula disiplin mereka, Rolex mengetengahkan kehidupan berbudaya yang berkembang luas di seluruh dunia. Menerusi program bimbingan Rolex pula, jenama ini memupuk bakat yang baru muncul.

    Inisiatif Abadi

    Keabadian Seni