Inovasi menakjubkan

2000–2013

Inovasi menakjubkan

2000

Gerakan 4130

Kaliber 4130 ialah gerakan kronograf mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex pada tahun 2000 untuk Cosmograph Daytona serta menggabungkan fungsi kronograf dengan bilangan komponen yang dikurangkan.

Kaliber 4130

2002

Program bimbingan Rolex

Program bimbingan Rolex diasaskan pada tahun 2002 untuk menggalakkan individu yang berbakat mengikuti program unik yang melibatkan sesi bimbingan dengan seorang tokoh utama dalam bidang artistik mereka. Setelah lebih daripada sedekad, program bimbingan Rolex telah berkembang merentasi benua dan budaya, merangkumi artis kreatif terkemuka daripada pelbagai generasi dan latar belakang.

Ketahui lebih lanjut tentang program bimbingan Rolex
Mentor dan protégé
Bezel Cerachrom

2005

Bezel Cerachrom

Bezel Cerachrom dibangunkan dan dipatenkan oleh Rolex khusus untuk model jam profesional bagi memastikan kecantikan dan fungsi jam dikekalkan walaupun terdedah kepada keadaan ekstrem. Diperbuat daripada bahan seramik yang sangat keras, bezel ini hampir mustahil untuk calar dan warnanya tidak terjejas akibat sinaran ultraungu. Permukaan yang digilap berlian menghasilkan kilauan yang luar biasa. Ukiran senggatan 24-jam pada jam disalut dengan lapisan nipis platinum.

Pegas Rambut Parachrom Biru

2005

Pegas rambut Parachrom Biru

Selepas penyelidikan selama lima tahun, Rolex telah mencipta pegas rambut Parachrom biru. Diperbuat daripada aloi paramagnet, bahagian ini tidak terjejas oleh medan magnet dan mampu menahan kejutan hingga 10 kali ganda daripada pegas rambut tradisional. Dari segi sejarah, keunikan warna biru pada pegas rambut telah menjadi tanda prestij yang hanya digunakan pada jam tangan yang paling tepat.

Ketahui lebih lanjut tentang gerakan Rolex
Yacht-Master II

2007

Yacht-Master II

Yatch-Master II ialah jam tangan pertama di dunia yang dilengkapi dengan kira detik boleh atur cara berserta ingatan mekanik. Fungsi ini diakses melalui bezel boleh putar dengan adanya Ring Command, sistem yang dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan. Kira detik kronograf regata ini membolehkan juragan melintasi garisan permulaan dengan masa yang tepat.

2008

Rolex Deepsea

Temui koleksi Deepsea
2012 - Sky-Dweller

2012

Sky-Dweller

Rolex memperkenalkan model inovatif yang baharu, Sky-Dweller, yang merupakan sebuah karya teknologi yang dikhaskan untuk pengembara dunia. Model ini mempunyai dua zon waktu yang senang dibaca dan digunakan serta kalendar tahunan yang inovatif bernama Saros – tanda penghormatan kepada fenomena astronomi yang menjadi ilham – hanya memerlukan satu pelarasan tarikh untuk setahun. Untuk menetapkan fungsi dengan cepat dan mudah, model ini juga dilengkapi dengan sistem Ring Command.

Temui Sky-Dweller
2012 - Tempat paling dalam di bumi

2012

Tempat paling dalam di bumi

Pada 26 Mac 2012, pembuat filem dan penjelajah James Cameron melakukan selaman bersejarah ke tempat paling dalam di lautan dunia, iaitu Jurang Mariana, dalam kapal boleh tenggelamnya. Ini merupakan selaman manusia pertama ke bahagian jurang terdalam yang dikenali sebagai Challenger Deep sejak ekspedisi perintis Trieste yang disertai oleh dua orang pada tahun 1960.

Deepsea Challenge

2012

Rolex Deepsea Challenge

Rolex Deepsea Challenge ialah seutas jam tangan penyelam eksperimen yang diperakui kalis air hingga 12,000 meter (39,370 kaki) yang direka dan dibina oleh Rolex untuk menahan tekanan air yang melampau dalam lautan yang paling dalam. Model ini mencatat rekod untuk jam tangan selam yang paling dalam di dunia.

Temui Rolex Deepsea Challenge