Mengembangkan pengetahuan

1971–1992

Mengembangkan pengetahuan
Explorer II

1971

Explorer II

Rolex mempersembahkan jam tangan Explorer II khusus buat pengembara kutub, ahli speleologi dan kepada semua yang berani untuk menembusi dunia penjelajahan. Jam tangan ini mempunyai jarum 24 jam yang unik, alat bantu yang berharga di kawasan kutub dan di bawah tanah ketika anda tidak dapat membezakan siang dengan malam.

Temui Explorer II

1971

Comex

Hubungan istimewa telah dijalinkan antara Rolex dengan ‘Compagnie Maritime d’Expertises (COMEX), apabila penyelam mereka memakai jam tangan Sea-Dweller jenama Rolex semasa menyelam ke dasar laut yang sangat dalam. Syarikat yang diterajui oleh Henri-Germain Delauze ini memainkan peranan sebagai perintis dalam aktiviti selaman laut dalam dan kekal menjadi pakar dunia dalam kejuruteraan hiperbarik dan kerja bawah laut.

Hubungan erat antara Rolex dengan Comex masih bertahan hingga kini, seperti yang ditunjukkan oleh tangki hiperbarik yang dibangunkan khusus oleh syarikat Marseille bagi menguji ketahanan jam tangan Rolex untuk penyelam laut dalam.

Iklan Comex

1976

Anugerah Rolex untuk Perusahaan

Untuk merayakan ulang tahun yang ke-50, Anugerah Rolex untuk Perusahaan telah melancarkan anugerah kepada individu cemerlang yang memiliki keberanian dan keyakinan dalam menyahut cabaran besar.

Setiap Anugerah Rolex untuk Perusahaan diberikan kepada projek baharu yang sedang berlangsung di seluruh dunia – yang seharusnya disokong kerana mampu meningkatkan kualiti hidup, melindungi alam semula jadi serta warisan budaya. Projek-projek ini menyentuh seluruh aspek kemanusiaan dengan mengembangkan pengetahuan atau menambah baik kehidupan di bumi.

Ketahui lebih lanjut di rolex.com.
RAE manifesto
Sea-Dweller 4000

1978

Sea-Dweller 4000

Rolex melancarkan Sea-Dweller 4000 yang kalis air hingga kedalaman 1,220 meter (4,000 kaki).

Temui Sea-Dweller
Keluli 904L

1985

Keluli 904L

Direka khas untuk Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam bidang teknologi canggih seperti industri ruang angkasa dan kimia. Oystersteel sangat tahan kakisan dan memberikan kilauan luar biasa serta mengekalkan sinaran walaupun dalam persekitaran yang paling sukar. Pada tahun 1985, Rolex telah menjadi jenama pembuatan jam pertama yang menggunakan keluli daripada jenis 904L untuk penutup.

Temui lebih lanjut tentang Oystersteel
Lumba Layar

1992

Rolex & lumba layar

Rolex merupakan penaja utama dalam beberapa perlumbaan luar pesisir yang terkenal di dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan lumba layar
Yacht-Master

1992

Yacht-Master

Tahun 1992 menyaksikan kehadiran Yacht-Master. Model baharu ini mengukuhkan ikatan antara Rolex dengan dunia pelayaran.

Temui Yacht-Master