Deepsea Challenge

Deepsea Challenge merupakan kemuncak pengujikajian dan kemajuan teknologi selama bertahun-tahun.

Sebuah perjalanan yang menjangkau beberapa dekad, di mana para penjelajah laut dalam dan jurutera Rolex bergabung tenaga. Dengan jaminan kalis air hingga 11,000 meter (36,090 kaki), Deepsea Challenge melangkaui keupayaan manusia untuk menahan tekanan. Dengan menawarkan seutas jam tangan yang boleh dipercayai dan kukuh, yang mampu mengiringi misi penjelajahan ke dalam jurang ngarai, Rolex sekali lagi mencabar kecemerlangan teknikal tersendiri.

James Cameron

1960

Deep Sea Special
Trieste

Satu selaman bersejarah

Pada 23 Januari 1960, Deep Sea Special mengiringi satu lagi rekod menyelam, yang dicatatkan oleh ahli oceanografi Jacques Piccard dan Leftenan Tentera Laut AS Don Walsh di Jurang Mariana. Dipasangkan pada bahagian luar batiskaf Trieste, jam tangan ini mencapai kedalaman 10,916 meter (35,814 kaki). Di sebalik rekod ini – sangat luar biasa sehingga tiada tandingannya selama lebih lima puluh tahun – misi di luar pulau Guam di Lautan Pasifik ini membuka pintu ke jurang tersebut, iaitu sebuah dunia dalam air yang setakat ini dianggap tiada hidupan oleh kebanyakan penyelidik. Selepas sampai di dasar laut, kedua-dua lelaki itu memandang ke dalam kegelapan dan mereka sungguh kagum apabila menemukan banyak hidupan lautan. Selepas batiskaf naik ke permukaan air, Jacques Piccard menghantar telegram kepada Rolex: “Saya gembira untuk mengumumkan bahawa jam tangan anda berfungsi dengan baik pada kedalaman 11,000 meter seperti di permukaan.”

Jam tangan

2012

Deepsea Challenge 2012

Pencapaian James Cameron

Pada 26 Mac 2012, seorang lagi penjelajah dan pembuat filem iaitu James Cameron, memutuskan untuk turun ke Jurang Mariana bersendirian dan mencapai kedalaman 10,908 meter (35,787 kaki). Lebih setengah abad telah berlalu sejak rekod bersejarah yang dicipta oleh Jacques Piccard dan Don Walsh. Sampai saat itu, tiada sesiapa pun yang berjaya menyelam sedalam itu ke kedalaman lautan. Seutas jam tangan eksperimen baharu Rolex, Rolex Deepsea Challenge telah dihasilkan dan dipasangkan pada lengan pemutar kapal boleh tenggelam James Cameron. Rekaan seutas jam tangan sedemikian memberikan cabaran dua kali ganda untuk Rolex. Cabaran pertama, sudah tentu, merupakan tekanan abis, kerana jam tangan tersebut akan diuji untuk menahan tekanan teori sedalam 15,000 meter (49,200 kaki) dan tekanan sebanyak 17 tan pada kristal, dan juga cabaran berkenaan masa untuk reka bentuk, penghasilan dan pengeluaran jam tangan. Lantaran pengalaman yang luas dalam domain penjelajahan dalam air, Rolex berjaya menghasilkan jam tangan tersebut dalam hanya beberapa minggu, apabila persediaan sedang dilakukan bagi DEEPSEA CHALLENGER yang dicipta oleh James Cameron dan pasukannya. Sama seperti yang berlaku pada tahun 1960, jam tangan ini mampu menahan tekanan yang kuat dengan amat baik sepanjang penyelaman selama tujuh jam, yang tiga jam daripadanya dihabiskan di dasar laut untuk merakam dan mengumpul sampel.

James Cameron

2022

Penutup belakang berukir
Deepsea Challenge Baharu

Pencarian bersambung

Sebagai penghormatan buat dua penyelaman bersejarah ini, Oyster Perpetual Deepsea Challenge yang diperkenalkan pada tahun 2022 diukir dengan perkataan “Mariana Trench” dan juga tarikh “23-01-1960” dan “26-03-2012” pada penutup belakang. Jam tangan ini menandakan sebuah peristiwa penting dalam pengembaraan manusia dan teknikal yang dikongsi selama beberapa dekad oleh para jurutera Rolex dan penjelajah laut dalam. Sebuah hubungan yang sangat istimewa yang disaksikan oleh James Cameron semasa ucapan terima kasihnya kepada pasukan Rolex: “Kami berkongsi nilai yang sama, usaha untuk mengejar kesempurnaan, ketepatan dan kualiti, dan pada masa yang sama, semangat suka meneroka dan mengharungi cabaran.”