Menjangkaui Batasan

2013–2022

Menjangkaui Batasan

2013

Sisipan bezel Cerachrom dua warna

Pada tahun 2013, Rolex memperkenalkan sebuah GMT-Master II dengan sisipan Cerachrom dua warna dalam seramik biru dan hitam, dan setahun kemudian, jam tangan itu dikeluarkan pula dengan sisipan Cerachrom dua warna dalam seramik merah dan biru. Setiap kombinasi dua warna pada komponen seramik tunggal adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan merupakan satu kejayaan penggunaan seramik dalam pembuatan jam.

Bezel Cerachrom dua warna
Kaliber 2236

2014

Kaliber 2236 menampilkan pegas rambut Syloxi

Rolex melancarkan kaliber 2236 baharu yang menampilkan pegas rambut Syloxi dalam silikon yang dibangunkan sendiri, menawarkan prestasi kronometri yang tiada tandingan untuk jam tangan yang lebih kecil. Gerakan mekanikal automatik yang dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex ini menjadi titik tolak kaliber generasi baharu.

Pameran Seni Bina Antarabangsa

2014

Pameran Seni Bina Antarabangsa

Sebagai sebahagian daripada hasrat untuk menggarap semula aspek ruang secara berterusan dan menghasilkan inovasi yang abadi, Rolex juga menitikberatkan bidang seni bina. Rolex menyumbang kepada kemajuan seni bina melalui sokongan terhadap Pameran Seni Bina Antarabangsa – La Biennale di Venezia sebagai Rakan Kongsi dan Jam Tangan Eksklusif forum utama dunia untuk idea seni bina itu.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan seni bina
Kaliber 3255

2015

Kaliber 3255

Rolex telah memperkenalkan kaliber 3255, sebuah gerakan mekanikal generasi baharu untuk Day-Date 40 yang menetapkan standard prestasi baharu dari segi ketepatan, rizab kuasa, kebolehpercayaan, ketahanan terhadap kejutan dan kemagnetan serta kemudahan dan keselesaan penyesuaian. Rizab kuasa pula bertahan selama tiga hari (kira-kira 70 jam) iaitu peningkatan sebanyak 24 jam (atau 50 peratus) berbanding dengan generasi terdahulu.

Rantai Oysterflex

2015

Rantai Oysterflex

Rolex memperkenalkan rantai baharu dan inovatif, iaitu Oysterflex yang dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan. Model ini dilancarkan buat kali pertama pada Yacht-Master nautika versi hitam dan emas Everose 18 karat. Rantai teknikal ini menggabungkan ketahanan dan kebolehpercayaan rantai logam menerusi kelenturan, keselesaan serta estetika yang ada pada tali elastomer. Bahagian teras mengandungi bilah logam anjal yang digabungkan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi.

Pensijilan Kronometer Superlatif

2015

Pensijilan Kronometer Superlatif

Semua jam tangan Rolex dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif yang ditakrifkan semula oleh Rolex pada tahun 2015. Klasifikasi eksklusif ini membuktikan bahawa jam tangan tersebut telah berjaya menjalani satu siri ujian yang dijalankan oleh Rolex mengikut kriterianya yang tersendiri. Status Kronometer Superlatif disertai dengan jaminan antarabangsa selama lima tahun.

Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar

2017

Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar

Rolex mempunyai imej yang menyerlah sebagai satu simbol ikonik yang terdapat dalam banyak filem legenda selama beberapa dekad. Rolex telah menjadi Jam Tangan Eksklusif Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar pada tahun 2017 yang telah menjadi tuan rumah upacara Anugerah Akademi di Los Angeles sejak tahun 1929. Rolex juga merupakan Penyokong Pengasas Akademi Muzium Wayang Gambar yang bertujuan untuk memelihara sejarah pawagam.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan pawagam

2019

Inisiatif Planet Abadi

Selama beberapa tahun, Rolex telah menyokong organisasi dan individu yang bekerja demi masa depan planet ini.

Pada tahun 2019, Rolex menghimpunkan mereka di bawah slogan Inisiatif Planet Abadi. Mereka merangkumi penjelajah, saintis, usahawan dan rakyat yang komited terhadap kebaikan bersama. Menerusi tindakan bernas untuk mendepani cabaran utama masa kini, mereka mengilhami generasi baharu dan menjamin masa depan planet kita. Rolex mendukung usaha mereka melalui Inisiatif Planet Abadi.

Ketahui lebih lanjut tentang Inisiatif Planet Abadi
Planet abadi
Biru
Roland-Garros

2019

Rakan Kongsi Premium dan Penjaga Masa Rasmi Roland Garros

Pada 2019, Rolex menjadi Rakan Kongsi Premium dan Penjaga Masa Rasmi Roland-Garros, satu-satunya kejohanan Grand Slam® yang dimainkan di atas gelanggang tanah liat. Jenama ini terus mengukuhkan hubungannya dengan tenis, yang bermula sejak perkongsian antara jenama ini dengan Kejohanan Wimbledon yang diasaskan pada tahun 1978. Rolex telah terlibat secara progresif dalam semua acara utama sukan itu, dan kini menjadi rakan kongsi dalam empat kejohanan Grand Slam®.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan tenis
Penjaga Masa Rasmi SailGP
SailGP berlangsung di beberapa perairan terkemuka dunia, yang menyaksikan 10 pasukan kebangsaan bersaing menggunakan katamaran foil F50 berlayar yang sama.

2019

Penjaga Masa Rasmi SailGP

Litar SailGP meniup nafas baharu ke dalam dunia pelayaran kompetitif dengan katamaran terkini yang mempamerkan prestasi luar biasa. Kapal layar terbang yang hebat ini menampilkan armada perlumbaan terpantas dalam sejarah. Pada tahun 2019, Rolex menjadi rakan kongsi pengasas bagi litar ini yang menarik bakat pelayaran handalan, sekali gus mengeratkan hubungan yang sekian lama terjalin dengan dunia kapal layar sejak hampir 70 tahun lalu.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan lumba layar
Kaliber 2232 dan 3230

2020

Gerakan 2232 dan 3230 yang baharu

Kaliber 2232 dan 3230 ialah gerakan mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Berteraskan teknologi tertumpu, gerakan ini telah melahirkan beberapa paten. Kaliber 2232 mempunyai pegas rambut Syloxi yang diperbuat daripada silikon. Kaliber 3230 dilengkapi dengan versi pegas rambut Parachrom biru teroptimum, dibuat oleh Rolex dalam aloi niobium dan zirkonium yang eksklusif. Kaliber 2232 mempunyai roda lepas paramagnet nikel-fosforus. Kaliber 3230 menerapkan bolosan Chronergy yang dipatenkan yang diperbuat daripada aloi yang sama.

Kejohanan PGA

2021

Rakan Kongsi Rasmi dan Penjaga Masa Rasmi Kejohanan PGA

Pada tahun 2021, Rolex membaharui usaha sama dengan PGA Amerika Syarikat, menjadi Rakan Kongsi Rasmi dan Penjaga Masa Rasmi organisasi itu dan kejohanan unggul, iaitu Kejohanan PGA. Jenama ini dikaitkan dengan semua kejohanan Utama lelaki dan wanita serta menjadi Rakan Kongsi Seluruh Dunia bagi kejohanan pasukan terkemuka, Piala Ryder.

Satu-satunya acara Utama yang dipertandingkan secara eksklusif oleh pemain profesional, Kejohanan PGA dimainkan di padang paling mencabar di Amerika Syarikat dan mengalu-alukan 100 pemain golf terbaik dalam kedudukan dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan golf
Day-Date Platinum

2022

Day‑Date platinum dengan bezel berjejalur

Buat kali pertama, Rolex mempersembahkan Day-Date 40 dalam platinum 950 yang menampilkan bezel berjejalur yang dibentuk daripada logam berharga yang sama. Penyelidikan selama beberapa tahun diperlukan untuk menyesuaikan terapan guillochage bagi menghasilkan jejalur pada “logam terbaik”. Kejayaan teknikal ini menandakan satu langkah baharu dalam pembangunan pengetahuan Rolex dan bezel berjejalur daripada platinum telah menjadi sebahagian daripada warisan gaya jenama ini.

Temui model ini
Deepsea Challenge
Deepsea Challenge

2022

Pelancaran Deepsea Challenge

Oyster Perpetual Deepsea Challenge diilhamkan oleh jam tangan eksperimen yang dibangunkan untuk James Cameron sempena selaman bersejarahnya ke dasar Jurang Mariana pada 26 Mac 2012. Ternyata, jam ini berjaya menzahirkan pengalaman lama dan pengetahuan Rolex dalam dunia jam tangan penyelam. Direka dalam titanium RLX, dilengkapi dengan injap lepas helium dan sistem Ringlock, jam ini mampu mengiringi semua jenis selaman, sama ada dalam air terbuka, kapal boleh tenggelam atau ruang hiperbarik. Dengan tahap kekalisan air hingga kedalaman 11,000 meter (36,090 kaki), model baharu ini melakar peristiwa penting dalam penerokaan dasar laut.

Ketahui lebih lanjut tentang Deepsea Challenge