Membimbing generasi seterusnya

Pendekatan unik untuk bimbingan peribadi

Menerusi program bimbingan Rolex, Rolex komited untuk menginspirasikan penyampaian dari generasi ke generasi dan menggalakkan dialog antara budaya global. Dalam bidang seni bina, seni visual, pawagam, tarian, kesusasteraan, muzik dan teater, Rolex membuka peluang kepada artis muda yang cerah masa depannya untuk belajar, berkarya dan berkembang di bawah didikan para pakar dalam disiplin mereka. Bersama-sama, mereka menjalinkan perkongsian unik dengan pandangan global. Merentas generasi, usaha ini merapatkan jurang dan membuka kemungkinan baharu untuk semua bentuk ungkapan artistik.

Selaras dengan tradisi menyokong kecemerlangan individu, Rolex memberi artis baharu masa untuk belajar, berkarya dan berkembang.

Menggiatkan semula pementoran

Visi Rolex untuk menggiatkan semula pementoran dalam bidang seni adalah selaras dengan tradisi menyokong kecemerlangan individu. Protégé dalam program ini diberikan detik keemasan untuk mendekati beberapa artis terhebat di dunia yang mengalu-alukan peluang untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan idea.

Menggiatkan semula pementoran

Hadiah masa

Sepanjang dua dekad yang lalu, Rolex telah menggandingkan mentor dan protégé dalam seni bina, tarian, filem, kesusasteraan, muzik, teater dan seni visual. Pada tahun 2020, Kategori Terbuka yang meliputi usaha antara disiplin telah ditambah. Program ini telah berkembang menjadi dialog yang bermanfaat antara artis-artis pelbagai generasi, budaya dan disiplin. Salah satu pencapaian terbesar program ialah pewujudan komuniti antarabangsa artis dan pentadbir seni kanan yang mencalonkan mentor dan protégé menjangkaui 120 negara.

Hadiah masa
Martin Scorsese

Mentor mendapat inspirasi sebanyak protégénya.

Martin Scorsese