Merintis eksploitasi

1953–1967

Merintis eksploitasi
Sir Malcolm Campbell

1953

Jam tangan perintis

Pada awal tahun 1950-an, Rolex telah membangunkan jam tangan Profesional yang bukan saja berfungsi sebagai alat penunjuk masa, malah mempunyai fungsi yang lebih daripada itu. Jam tangan ini berfungsi untuk tujuan aktiviti profesional seperti menyelam dasar laut, penerbangan, pendakian gunung dan juga eksplorasi saintifik. Jam tangan ini menimbulkan semangat yang berkekalan dan dikenali sebagai jam tangan untuk pencapaian.

Everest
Everest

1953

Everest

Pada tahun 1953, semasa explorasi Sir John Hunt, Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay berjaya menawan puncak Gunung Everest sambil dilengkapi dengan jam tangan Oyster Perpetual.

Everest

1953

Explorer

Diilhamkan oleh pengetahuan yang diperoleh daripada babak pengembaraan manusia yang menarik ini, Explorer telah dilancarkan pada tahun 1953 sempena kejayaan pendakian Gunung Everest, lantas memperoleh status ikonik.

1953

Submariner

Dilancarkan pada tahun 1953, Submariner merupakan jam tangan penyelam pertama yang kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Bezel boleh putar membolehkan para penyelam menentukan masa selaman mereka.

Submariner 1953
Penerbangan merentasi benua yang pertama

1953

Penerbangan merentasi benua yang pertama

Apabila perjalanan merentasi benua mula membangun pada tahun 1950-an, pesawat penumpang juga mula merentasi beberapa zon waktu yang berbeza dengan pantas. Untuk kali pertama, adalah amat penting untuk mengetahui masa di pelbagai tempat di dunia pada masa yang sama. Itulah era permulaan jet pesawat dan Rolex menyahut semangat pada waktu itu menerusi jam tangan.

GMT-Master

1955

GMT-Master

Direka bentuk sebagai alat bantu navigasi untuk profesional yang merentasi dunia, GMT-Master menjadi jam tangan rasmi beberapa syarikat penerbangan, antaranya Pan American World Airways yang terkenal, lebih dikenali sebagai Pan Am. Ciri visual yang paling ketara ialah bezel dua warna yang membezakan waktu siang dengan waktu malam.

Day-Date

1956

Day-Date

Day-Date membuat penampilan pertama pada tahun 1956. Hanya boleh didapati dalam bentuk emas 18 karat atau platinum, ini merupakan jam tangan pertama yang memaparkan tarikh dan hari dalam seminggu dieja penuh pada tingkap permukaan. Dengan rantai President yang dicipta khas, jam tangan Day-Date terus menjadi standard kecemerlangan bagi orang-orang yang berpengaruh.

1956

Kepimpinan

Jam tangan Rolex telah lama dikaitkan dengan mereka yang telah mengukir sejarah dunia, saban waktu. Satu persamaan yang dikongsi oleh lelaki dan wanita hebat, tidak kira apa pun visi mereka, bidang kecemerlangan mereka mahupun pencapaian mereka, ialah jam tangan mereka: Day-Date.

Jam tangan presiden

1957

Lady-Datejust

Lady-Datejust merupakan versi jam tangan kronometer Rolex wanita yang pertama yang mewarisi keanggunan abadi dan fungsi dalam saiz yang kecil.

Lady-Datejust
Pantai Daytona

1959

Pantai Daytona

Pantai Daytona, Florida. Pantainya yang panjang, rata dan padat serta pasir yang pejal telah membantu Kota Daytona menjadi peneraju kepantasan di dunia. Pantai ini mencatat 14 rekod dunia antara 1904 hingga 1935 bagi kelajuan di darat yang lima daripada acara itu dimenangi oleh pemakai jam tangan Rolex, Sir Malcolm Campbell. Namun tahun demi tahun, kualiti pasir semakin merosot. Pada tahun 1959, litar lumba super telah dibina: “Daytona International Speedway®”. Amfiteater lumba kereta baharu ini kemudian menjadi lokasi pilihan bagi salah satu perlumbaan ketahanan kereta yang paling berprestij di dunia di samping 24 Jam di Le Mans. Walaupun permukaan trek bukan lagi pasir, Daytona masih lagi menjadi tuan rumah untuk menguji ketahanan manusia dan mesin: Rolex 24 Di DAYTONA.

Deep Sea Special

1960

Deep Sea Special

Pada tahun 1950-an, Rolex menjalankan beberapa ujian yang ketat untuk sebuah jam tangan eksperimen yang dipanggil “Deep Sea Special”. Dengan berpandukan pengetahuan daripada pembuatan dua model pertama, ‘Deep Sea Special’ yang ketiga dicipta khas untuk menahan keadaan ekstrem di bahagian Challenger Deep di Jurang Mariana.

Jam tangan eksperimen

1960

Selaman paling dalam

Pada tahun 1960, eksperimen batiskaf iaitu Trieste, telah berjaya melakukan penurunan ke dalam Jurang Mariana yang juga dikenali sebagai lubang terdalam di permukaan bumi. Diterajui oleh Leftenan Don Walsh dan disertai oleh Jacques Piccard, Trieste mencapai prestasi yang amat luar biasa sehingga mengangkat taraf yang tertinggi untuk eksplorasi laut dalam setakat ini. Batiskaf yang muncul dari kedalaman 10,916 meter (37,000 kaki) masih berada dalam keadaan yang sempurna sepertimana jam tangan eksperimen Rolex Deep Sea Special yang dilekatkan di bahagian luar sepanjang penyelaman bersejarah itu.

Selaman paling dalam
Selaman paling dalam
Cosmograph Daytona

1963

Cosmograph Daytona

Dilancarkan pada tahun 1963 sebagai generasi baharu kronograf, Cosmograph telah memperoleh nama yang menjadi satu ikon: Daytona. Direka sebagai alat khas untuk pelumba sukan ketahanan lumba motor, Cosmograph Daytona adalah tahan lasak, kalis air dan mempunyai skala takimetri pada bezel untuk mengira purata kelajuan.

1967

Sea-Dweller

Tahun 1967 merupakan tahun Sea-Dweller dilancarkan, iaitu jam tangan yang kalis air hingga kedalaman 610 meter (2,000 kaki). Untuk memenuhi permintaan penyelam profesional, penutup jam dilengkapi dengan injap lepas helium supaya sewaktu fasa penyahmampatan dalam ruang hiperbarik, helium daripada campuran gas dapat dilepaskan tanpa merosakkan jam tangan tersebut.

Sea-Dweller