Anatomi Rolex

Bahan

Oystersteel

Oystersteel

Ketahanan mutlak

Ini ialah Oystersteel, keluli berprestasi tinggi gred 904L, dihasilkan untuk Rolex sejak tahun 1985. Aloi tahan karat yang setelah digilap, akan mengekalkan kilauan dan keindahan ciri dalam semua keadaan. Antara 3,500 gred perindustrian, hanya gred itu yang sesuai dengan piawaian kami.

Kaya dengan kromium dan molibdenum, ia sangat tahan terhadap hentakan dan kakisan. Namun, ia masih belum cukup tahan lasak untuk kami. Itulah sebabnya kami meneliti aloi ini secara mikroskopik, daripada pembentukan dan sepanjang proses penyebuan, untuk mengawal dan memperhalusi struktur mikro sebelum pemesinan.  Lalu meningkatkan sifat mekanikal aloi di sepanjang proses tersebut. Akhir sekali, kami mendedahkan kilauan yang unik hasil kepakaran pengilat kami. Hanya selepas itu, ia boleh dipanggil "Oystersteel".  Walaupun begitu, ujian terbesar aloi ini bukanlah analisis terperinci kami tentang struktur, mahupun penggilapan aloi. Cabaran sebenar ialah cabaran melalui ragam kehidupan seharian yang di luar jangkaan mahupun cabaran keadaan semula jadi yang melampau.

Oystersteel
Rolesor

Rolesor

Perpaduan dalam kepelbagaian

Ini ialah Rolesor kami. Diabadikan pada era 1930-an, ia menggabungkan kekuatan keluli dengan kemewahan emas. Pada pandangan pertama, kombinasi keteguhan dan keanggunan ini begitu menyerlah. Lebih dari sekadar ikatan, ia menjadi lambang perpaduan dalam kepelbagaian.

Direka dengan teliti, kolaborasi ini menonjolkan komponen ikonik jam tangan kami – bezel, rantai, dan putaran jam – dengan sentuhan emas kuning, putih, atau Everose 18 karat. Sebagai satu kombinasi yang unggul, Rolesor menyatukan kelainan dengan harmoni. Tiada perselisihan, hanya peluang yang tidak terbatas.

Rolesor
Emas kuning

Emas kuning

Cemerlang, gemilang, terbilang

Ini ialah emas kuning 18 karat kami. Pada zahirnya, ia serupa sahaja dengan yang lain. Namun ia hanya boleh didapati pada jam tangan kami: hasil buatan faundri kami sendiri, yang terletak di Plan-les-Ouates di Geneva. Mengapa kami berusaha menggabungkan proses perindustrian yang begitu kompleks dan rumit?

Hanya kerana inilah satu-satunya cara untuk menjamin ketulenan dan kehomogenan emas ini, sehingga ke tahap zarah. Emas 24 karat mesti dicampurkan terlebih dahulu dengan perak dan tembaga untuk menguatkan emas kerana emas bersifat sangat lembut dalam keadaan semula jadi. Penguasaan seluruh proses pengubahan ini, daripada penuangan hingga pembentukan terakhir, memberikan aloi ini kualiti yang tiada tandingannya. Inilah yang menghasilkan emas 18 karat ternama kami yang menjadi lambang kecemerlangan. Apabila diteliti, jelas bahawa aloi ini bukan sahaja berharga. Aloi ini amat unik. Aloi ini amat unik.

Yellow Gold
Everose

Everose

Kilauan Everose

Ini ialah emas Everose, aloi emas merah jambu 18 karat eksklusif kami dengan warna yang unik. Diperkenalkan pada tahun 2005, ia mempunyai kilauan dan daya ketahanan yang luar biasa. Dibangunkan oleh pakar kami, ia mengandungi sekurang-kurangnya 75% emas, 20% tembaga, serta paladium dan indium.

Formula tepat aloi ini masih menjadi rahsia, tetapi ia mempunyai satu atribut yang dapat dilihat oleh semua orang: warna yang tiada tandingan dan tidak pudar. Ini kerana kami berdedikasi untuk mengawal sepenuhnya kualiti aloi tersebut sehingga kami hanya menyediakan aloi ini di faundri kami sendiri di Geneva. Di sinilah juga kami membentuk disiplin agar tidak berpuas hati dengan apa yang ada, dan sentiasa berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Dengan memanfaatkan sifat fizikal dan kimia tertentu, kami berjaya membentuk aloi ini mengikut piawaian kami, menghasilkan warna keemasan beronakan aurora pekat ini. Dicipta untuk berkilauan di pergelangan anda.

Everose
Chromalight

Chromalight

Membelah kepekatan malam

Ini ialah paparan Chromalight kami. Dilancarkan pada tahun 2008, ia menawarkan keterbacaan yang optimum dan berpanjangan dalam persekitaran yang paling gelap, dengan adanya bahan pendarkilau yang dibuat dan dipatenkan oleh Rolex. Berwarna putih di bawah cahaya hari, manakala bersinar biru ketika gelap dan membolehkan anda membaca masa dalam semua keadaan.

Terdiri daripada aluminium, strontium, disprosium dan europium, ia mempunyai keupayaan untuk menyimpan tenaga cahaya ambien, untuk melepaskannya dengan lebih baik, secara beransur-ansur, apabila cahaya mungkin berkurangan. Asalnya diperoleh dalam bentuk serbuk, ia kemudian dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi dan dicampur dengan resin, sebelum diletakkan secara manual pada tangan dan indeks. Warna birunya ialah peneman yang paling boleh dipercayai untuk menangkis jangkauan kegelapan.  Penerang kepekatan malam yang paling berharga.

Chromalight
Titanium RLX

Titanium RLX

Beban yang tidak dirasai

Ini ialah titanium RLX, aloi yang kami gunakan kerana kekuatan dan keringanan elemen ini. Ia ialah jenis titanium gred 5 istimewa yang kami pilih dengan teliti. Lebih ringan daripada keluli dan lebih tumpat daripada aluminium, ia juga sangat teguh dan sangat tahan kakisan.

Selama bertahun-tahun, kami mengkaji dengan tekun sifat-sifat teknikal elemen ini dengan harapan dapat menjadikan elemen ini salah satu daripada rangkaian bahan kami. Untuk mencapai matlamat itu, kami perlu menguasai setiap aspek titanium. Oleh itu, kami membangunkan banyak operasi baharu secara dalaman, seperti proses kemasan permukaan yang membolehkan kami menyempurnakan, secara khusus, kilatan elemen. Untuk menjadikan RLX titanium sebahagian daripada bengkel kami melibatkan kerja keras. Tetapi ia telah memberi kami kemasan yang unik: kilauan dan warna yang luar biasa yang memenuhi piawaian estetik kami yang tinggi. Dan jika tugas ini berat, ini kerana kami tidak pernah mengambil ringan akan hal ini.

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta