Rolex bekerjasama dengan dua pertandingan berpasukan antarabangsa utama: Akhir Piala Davis dan Piala Laver. Sebagai edisi paling mengujakan dalam musim tenis, kedua-dua acara ini merupakan peluang untuk pemain terbaik dunia menunjukkan aspek lain kecemerlangan sukan, dan meningkatkan permainan mereka demi kebaikan pasukan. Semangat berpasukan ini menyamai nilai-nilai Rolex.
Perlawanan Akhir Piala Davis Kecemerlangan individu, semangat berpasukan
Sebagai rakan kongsi Piala Davis sejak 2007, Rolex terus menyokong pertandingan pasukan antarabangsa yang bersejarah ini. Selepas pusingan kelayakan diadakan sepanjang tahun, Akhir Piala Davis 8 pasukan menjadi penutup tirai musim.
Sebuah pertandingan legenda
Ditubuhkan pada tahun 1900 oleh pelajar Harvard, Dwight Filley Davis, perlawanan tenis lelaki berasaskan pasukan antara Amerika Syarikat dan Great Britain menjadi sebuah pertandingan global.
Pada tahun 1945, International Lawn Tennis Challenge telah dinamakan semula menjadi Piala Davis sebagai penghormatan kepada pengasas. Selama lebih daripada 120 tahun, acara ini telah memberi peluang kepada pemain terbaik dunia untuk meningkatkan prestasi serta mengutamakan pasukan dan negara mereka. Dengan peserta dari lebih 120 negara, pertandingan ini masih gah di mata dunia.
Mereka menaklukkan Piala Davis
Stefan Edberg Juara teladan Piala Davis
Stefan Edberg memberikan yang terbaik dalam Piala Davis, muncul juara sebanyak empat kali bersama Sweden pada tahun 1984, 1985, 1987 dan 1994. Semasa era kerjayanya yang cemerlang, juara ini terkenal dengan corak serangan, memenangi 41 gelaran perseorangan, termasuk enam kejuaraan Grand Slam®, di Terbuka Australia (2), Wimbledon (2) dan Terbuka Amerika Syarikat (2). Terpahat dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa pada tahun 2004, Edberg menjadi seorang Testimoni Rolex pada tahun 2018.
Piala Laver Pameran antarabangsa
Dilancarkan pada tahun 2017 oleh Roger Federer dengan Rolex sebagai Rakan Kongsi Pengasas, pertandingan ini mempertemukan pasukan Eropah dengan satu pasukan seluruh dunia dalam format yang serupa dengan acara golf Piala Ryder. Pertandingan antarabangsa ini dimainkan selama tiga hari, mewujudkan kehangatan yang luar biasa. Acara ini berlangsung setiap tahun pada bulan September, dua minggu selepas Terbuka Amerika Syarikat. Empat edisi pertama masing-masing berlangsung di Prague, Chicago, Geneva dan Boston, kesemuanya dimenangi oleh Pasukan Eropah. Pasukan Dunia meraih kemenangan sulung di London pada 2022 dan menang sekali lagi pada tahun berikutnya di Vancouver. Pada 2024, Piala Laver berlangsung di Berlin.
Penghormatan buat tokoh-tokoh ulung tenis
Selaku pengasas Piala Laver, Roger Federer berjaya menghimpunkan juara bagi empat generasi untuk kejohanan selama tiga hari ini. Legenda Australia Rod Laver ialah tokoh utama pertandingan baharu ini, manakala Björn Borg, juara Grand Slam® sebanyak 11 kali dari Sweden dan John McEnroe, pemenang Grand Slam® sebanyak tujuh kali dari Amerika, telah menyalakan semula pertempuran terkenal mereka pada tahun 1980-an, kali ini sebagai kapten pasukan. Jadi, juara-juara masa kini bersaing sambil diperhatikan oleh para legenda yang memberikan inspirasi kepada mereka.
Tiga hari, empat generasi, 12 perlawanan
Pasukan Eropah dan Dunia masing-masing terdiri daripada enam pemain, tiga pemain layak berdasarkan tempat mereka dalam Kedudukan ATP, manakala tiga lagi dipilih oleh kapten. Pertandingan ini dipadatkan ke dalam tiga hari yang intensif dengan tiga perlawanan perseorangan dan satu perlawanan beregu dimainkan setiap hari. 12 perlawanan ini mengikut format terbaik-daripada-3-set, dengan pematah seri super sebanyak 10 mata sekiranya set adalah sama.
Disokong oleh ATP sejak tahun 2019, pertandingan unik ini memberikan penghormatan kepada nama terhebat dalam tenis dan membuka jalan untuk masa depan sukan ini. Björn Borg pernah berkata: “Hanya Piala Laver yang dapat mempertemukan begitu ramai pemain hebat di satu tempat. Jadi inilah perkara terbaik yang boleh berlaku dalam dunia tenis. Ini ialah masa depan tenis.”
Di gelanggang, semangat berpasukan mencipta detik yang luar biasa, seperti ketika Roger Federer bermain beregu bersama Novak Djokovic pada tahun 2018, dan Rafael Nadal pada tahun 2017, 2019 dan 2022. Dipilih pada tahun 2019 dan 2021, Stéfanos Tsitsipás merumuskan Piala Laver: “Sesungguhnya, berada di sini bersama pemain berbakat ini ialah satu penghormatan. Jadi saya berhasrat untuk mempersembahkan kembali perkara yang telah saya peroleh daripada juara-juara ini di gelanggang. Saya ingin mempamerkan corak permainan terbaik saya dan menunjukkan prestasi terbaik kepada orang ramai.”