Yang terakhir daripada empat kejohanan Grand Slam® tahunan dan pertandingan perdana Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA).
Suasana yang mengujakan
Sebuah upacara pada malam musim panas
Di Stadium Arthur Ashe, tempat duduk penonton mencuar tinggi melampaui gelanggang. Dengan 23,800 jumlah tempat duduk – gelanggang terbesar dalam tenis Grand Slam® setakat ini – arena menarik ini umpama jerumun singa semasa perlawanan besar dengan suasana yang gamat. Perlawanan utama dimainkan pada waktu petang dalam suasana yang panas membahang pada musim panas New York. Inilah yang membuat Terbuka Amerika Syarikat berbeza dan para pemain mesti menjiwai semangat daripada penonton dan mengatasi persekitaran mereka yang gamat. Ini berbeza dengan pengalaman yang lebih senyap di Wimbledon dua bulan sebelumnya. Kejohanan keempat musim dan Grand Slam® yang terakhir sentiasa dinanti-nantikan oleh para pemain dan penonton, menarik minat orang ramai yang penuh bersemangat setiap tahun.
Coco Gauff
Memimpin generasi baharu
Pada 2019, ketika berusia hanya 15 tahun, Coco Gauff menyertai para elit tenis dunia apabila mengalahkan Venus Williams di Centre Court di Wimbledon. Pada 2022, beliau mara ke pertandingan akhir di Roland-Garros dan lebih cemerlang pada tahun berikutnya dengan memenangi gelaran perseorangan Grand Slam® pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat.
Qinwen Zheng
Bakat pencetus inspirasi
Kemahiran. Keazaman. Kecekalan. Seorang bakat muda yang baru muncul, Qinwen Zheng berdiri sebaris dengan elit tenis wanita melalui kerja keras selama bertahun-tahun. Beliau berjaya ke pertandingan akhir perseorangan Grand Slam® pertama di Terbuka Australia 2024 dan sejak itu, meraih prestasi musim yang paling berjaya setakat ini, di samping menambah pingat emas pada bulan Ogos. Beliau membawakan kegembiraan untuk semua penggemar permainan tenis dan menyuntik inspirasi kepada pemain generasi akan datang.