Terbuka Australia

Halaman baharu untuk setiap musim

Babak pembukaan dalam musim yang sarat dengan aksi menakjubkan

Tarikh pertama pada kalendar Grand Slam®. Terbuka Australia dilihat sebagai permulaan baharu apabila mata kedudukan dalam ATP Race lelaki dan WTA Race wanita ditetapkan semula.


Kejohanan ini dimainkan pada bulan Januari di gelanggang keras di Melbourne Park. Selepas tamat musim, para pemain kembali bersemangat dan bertenaga, bersedia untuk memulakan babak baharu dengan sebaik mungkin.


Perlawanan akhir dipertandingkan di hadapan hampir 15,000 penonton di Arena Rod Laver, iaitu gelanggang utama kompleks sukan Melbourne Park.

Roger Federer

Rolex merupakan Penjaga Masa Rasmi Terbuka Australia sejak tahun 2008.

Gelanggang utama

Rod Laver
Mengilhami generasi

Testimoni Rolex Rod Laver ialah suri teladan dan inspirasi untuk pemain tenis pada semua peringkat selama beberapa generasi. Pemain Australia ini merupakan seorang tokoh penting semasa perubahan besar dalam sukan tenis: peralihan daripada era amatur kepada profesional pada tahun 1968.

Patung Rod Laver

Roger Federer berkata tentang ikon ini yang dikagumi sejagat: “Ini bukan sekadar pencapaian beliau, malah perawakan beliau. Beliau rendah hati dan tidak pernah mendabik dada.”

Mereka menaklukkan Terbuka Australia