Jannik Sinner

No. 1 Dunia

Kejayaan besar

Pada September 2024, Jannik Sinner memenangi Terbuka Amerika Syarikat, lantas menambah trofi Grand Slam sulungnya di Terbuka Australia pada Januari. Kemenangan di New York meneruskan musim pencapaian yang luar biasa, yang turut meraih pelbagai gelaran lain dan menjadi warga Itali pertama, lelaki mahupun wanita, yang menduduki tangga No. 1 Dunia.

Persembahan cemerlangnya ialah kesinambungan prestasi mantap yang dipamerkannya pada penghujung 2023 apabila membawa Itali menjuarai Pertandingan Akhir Piala Davis dan mara ke Pertandingan Akhir ATP Nitto.

Sejak bermain secara profesional pada usia 17 tahun, permainan penuh Sinner yang menampilkan pukulan kuat dan kecerdasan taktikal, telah berkembang secara konsisten. Bersopan santun tetapi berjiwa kental, pesaing yang handal namun tampak tenang di gelanggang. Beliau ialah lawan yang hebat di mana-mana gelangang dan kini dikenali sebagai kuasa dominan dalam tenis lelaki.

Jannik Sinner
Jannik Sinner

Servis, pukulan depan, pukulan kilas... jenis pukulan yang lengkap

Bakat semula jadi

Sinner mula bermain tenis pada usia tujuh tahun. Bakat semula jadi dan minatnya terhadap sukan ini semakin menyerlah. Beliau bermain secara profesional pada 2018, dan pada tahun berikutnya memenangi Pertandingan Akhir Next Gen ATP, yang membuktikan dirinya sebagai pemain handalan. Kejayaannya hadir pada 2020 apabila mara ke suku akhir Grand Slam® pertamanya di Roland-Garros, sekali gus menjadi pemain termuda berjaya ke suku akhir sejak 2006.

Jannik Sinner Terbuka Australia

Pada 2021, beliau terus mengorak langkah dan memenangi beberapa gelaran ATP. Permainan bertenaga dengan pukulan kilas hebat tersendiri serta kepintaran mengatur strategi menjadikannya lawan yang digeruni di mana-mana gelanggang.

Jannik Sinner Wimbledon

Pencapaian yang luar biasa

Pada perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat 2024, Sinner menundukkan rakan Testimoni Rolex Taylor Fritz dalam pertemuan sengit yang akhirnya memperoleh gelaran Grand Slam® keduanya. Kedua-dua pemain mempamerkan kemahiran di gelanggang biru keras di Stadium Arthur Ashe, apabila pemain Itali itu mengasak pada detik-detik penting sepanjang dua jam dan 17 minit untuk meraih kemenangan.

Jannik Sinner Terbuka Amerika Syarikat
Jannik Sinner Terbuka Australia

Setiap kejayaan begitu bermakna. Para juara sebelum saya jauh lebih hebat tetapi kemampuan meletakkan nama saya di sebelah nama mereka sudah memadai kerana mereka benar-benar inspirasi buat saya. Sungguh bertuah dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Rolex – itu sesuatu yang istimewa.

Ketika memenangi Terbuka Australia