Wimbledon

Pusat tenis gelanggang rumput

Tradisi dan kecemerlangan

Kejohanan Wimbledon masih dimainkan di gelanggang rumput – yang dipotong tepat hingga 8 mm – sama seperti ketika kejohanan ini dirasmikan pada tahun 1877.


Walaupun sentiasa berubah, peraturan Wimbledon menyanjung tradisi, menyerlahkan keinginan penganjur untuk mengekalkan piawai etika tertinggi. Buktinya, terdapat peraturan tentang pakaian pemain mestilah berwarna putih. Dengan permukaan permainan yang luar biasa, rasa hormat terhadap tradisi dan kisah silam terkenal yang dihiasi tokoh-tokoh ulung yang mencipta nama di gelanggang Kelab Tenis Gelanggang Rumput & Kroket All England, Wimbledon adalah keramat bagi sukan tenis gelanggang rumput.

Gelanggang tenis

Pertarungan epik di sebuah taman Inggeris

Perlawanan akhir Wimbledon melakar detik yang dihormati dalam sejarah tenis. Sama seperti para pemenang, kita mengimbau detik-detik mengujakan yang menjulang nilai sukan ini ke tahap tertinggi di Centre Court. Kita mengenang kembali pertembungan epik antara Rod Laver dengan John Newcombe, Björn Borg dengan John McEnroe, Chris Evert dengan Martina Navratilova, Roger Federer dengan Rafael Nadal, serta ramai lagi. Selama beberapa dekad, pertemuan ini telah melahirkan legenda Wimbledon, dan Rolex telah menyaksikan semuanya dari kerusi barisan hadapan.

Carlos Alcaraz

Mereka menaklukkan Wimbledon

Rolex dan tenis

Rolex dan tenis bergabung sementara sukan ini kian popular seantero dunia.

Permainan, set dan perlawanan

Jam
Bjorn Borg dan Chis Evert

Wimbledon 1978
Sebuah peristiwa penting yang melakar masa depan

Demi meneruskan usaha mengejar kecemerlangan, Rolex bergabung dengan Kejohanan Wimbledon pada tahun 1978 ketika prestasi tenis mencapai kemuncak baharu.

Akhir 1970-an menandakan permulaan zaman keemasan tenis secara profesional. Daya tarikan pertandingan utama memuncak apabila sukan ini meraih tumpuan dunia dan bintang terkemuka mula menawan hati penonton di seluruh dunia. Pada tahun 1978, Wimbledon menentukan hala tuju sukan ini untuk beberapa dekad yang akan datang.

Roger Federer

Tempat bermulanya permainan tenis, tempat lahirnya para legenda

Rolex bergabung tenaga dengan sukan ini di acara yang paling ikonik, acara yang menarik pengikut global terbesar – satu tindakan besar yang menandakan kekuatan komitmen Rolex. Di barat daya London, Kelab Tenis Gelanggang Rumput dan Kroket All England menjadi tuan rumah bagi Wimbledon. Kejohanan tenis tertua di dunia merupakan tempat bermulanya sukan ini dan pusat bagi gelanggang rumput sejak acara sulung pada tahun 1877.

Wimbledon bukan sahaja tempat bermulanya permainan tenis tetapi juga tempat sejarah terukir tahun demi tahun selama hampir satu setengah abad. Rolex dengan bangganya telah menyokong pusat kecemerlangan sukan ini selama hampir separuh abad.