Rolex dan Rakan Kongsi

Sejarah penajaan Rolex berkisar tentang kisah mengejar kecemerlangan yang berterusan, menguatkan setiap aspek kepentingan jenama, daripada pembuatan jam kepada nama besar dalam bidang sukan, penerokaan dan seni.

Awal abad ke-20 merupakan satu era penerokaan dan cabaran arena sukan. Dalam dunia pembuatan jam, pengasas Rolex Hans Wilsdorf, terdorong untuk melampaui batasan, berusaha untuk menggantikan jam tradisional dengan salah satu inovasi terulung pada zaman beliau – jam yang dipakai di pergelangan tangan, tahan terhadap habuk dan air.

Visi beliau menjadi kenyataan pada tahun 1926 dengan pelancaran Rolex Oyster, jam tangan kalis air pertama.

Bagi tujuan promosi, beliau menjemput Mercedes Gleitze – seorang jurutaip muda dari Brighton dan wanita British pertama yang berenang menyeberangi Selat Inggeris sambil memakai Rolex Oyster, yang terjadi pada tahun berikutnya. Selepas renangan tamat selama lebih daripada 10 jam di air yang sejuk, jam tangan itu masih berfungsi dengan sempurna. Ekoran pencapaian bersejarah ini, Gleitze menjadi Testimoni Rolex yang pertama.

Mercedes Gleitze
Mercedes Gleitze

Pada masa ini, para peneroka meminta Wilsdorf melengkapkan ekspedisi mereka dengan jam tangan Rolex dan beliau menyedari dunia boleh menjadi “makmal hidup” untuk jam tangan. Peneroka dan juara sukan memberikan maklum balas tentang jam tangan Rolex, membolehkan beliau meningkatkan kebolehpercayaan jam tersebut.

Wilsdorf tidak mahu menikmati hasil kemenangan para wira, sebaliknya beliau mahu mewujudkan perkongsian yang bermakna dan memberikan sokongan jangka panjang. Hubungan yang terhasil telah dibina berdasarkan prinsip yang kukuh, visi bersama dan saling menghormati – inilah penajaan, cara Rolex.

Sir Malcolm Campbell

Pada tahun 1930, perkaitan jenama dengan sukan motor bermula dengan Sir Malcolm Campbell. Antara tahun 1924 hingga 1935, “Raja Kelajuan” itu mencatat Rekod Kepantasan Darat Dunia sebanyak sembilan kali, termasuk memecahkan halangan 300 bsj (483 km/j).

Ekspedisi Everest

Dari 1930-an, pendaki gunung bergantung pada jam tangan Rolex ketika ekspedisi mereka ke Gunung Everest, tempat suhu yang melampau dan ketinggian menyediakan ujian persekitaran yang sempurna untuk pembuat jam tangan Swiss ini.

Ekspedisi 1953 yang dipimpin oleh Sir John Hunt telah dilengkapi dengan jam tangan Rolex Oyster dan pada 29 Mei, dua daripada pasukan itu – Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay – berjaya menjadi pendaki pertama yang menawan Everest. Rolex Oyster Perpetual Explorer telah dilancarkan pada tahun itu bagi meraikan pencapaian bersejarah tersebut.

Ketahui lebih lanjut tentang Explorer

Apabila menjalinkan perkongsian dengan Testimoni dan institusi – dan dalam menentukan acara yang disokong oleh jenama ini – Rolex sentiasa mencipta satu titik kebanggaan untuk bergabung dengan individu dan entiti yang berkongsi nilai yang sama.

Pat Smythe
Iklan Rolex dari tahun 1957 dengan tajuk yang berbunyi “Jam tangan saya ialah teman setia saya”, dan menampilkan Pat Smythe, Testimoni Rolex pertama dalam sukan ekuestrian.

Pada tahun 1958, Rolex berjaya menjalinkan hubungan dengan lumba layar, bermula dengan Kelab Kapal Layar New York. Sejak itu, jenama ini telah mengukuhkan hubungan ini, menyokong kelab yang paling berpengaruh dan pelbagai perlumbaan utama di seluruh dunia.

Lumba layar
Rolex bekerjasama dengan beberapa regata pantai dan perlumbaan luar pesisir yang menampilkan pasukan terkemuka.
Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan lumba layar

Ekoran perkongsian dengan Sir Malcolm Campbell, pada tahun 1959, Rolex merintis salah satu ikatan sukan terawal menerusi perkongsian dengan Daytona International Speedway®, tuan rumah bagi pertandingan ikonik yang kini dikenali sebagai Rolex 24 Di DAYTONA. Pada tahun 1963, Rolex memberi model terkini nama Cosmograph Daytona sebagai lambang hubungan dengan litar perlumbaan terkenal di Amerika Syarikat. Dikenali hanya sebagai “Daytona”, jam tangan ini melambangkan sejarah yang menandakan keghairahan terhadap kelajuan dan sukan permotoran serta telah mencapai satu tahap ikon sebagai salah satu kronograf yang paling dikenali di dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang Cosmograph Daytona
Daytona

Jauh dari darat, manusia dan mesin mendorong diri mereka menjangkaui ketinggian baharu – atau, dalam hal ini, kedalaman – pada 23 Januari 1960, ketika Leftenan Don Walsh dari Tentera Laut AS dan ahli oseanografi Switzerland Jacques Piccard menavigasi batiskaf Trieste ke jurang Mariana, titik lautan paling dalam yang mencapai dasar laut pada 10,916 meter (35,800 kaki). Pada kedalaman ini, air memberikan tekanan yang sangat besar ke atas kapal dan pada jam tangan percubaan Rolex, Deep Sea Special yang diikat pada badan kapal. Trieste kemudian timbul setelah hampir sembilan jam kemudian bersama dengan jam tangan yang berada dalam keadaan baik.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex Deepsea
Piccard

Usaha jenama ini dalam mengejar kecemerlangan diterjemahkan menerusi ikatan yang erat dengan golf, dikuatkan lagi dengan perkenalan antara Rolex dengan Arnold Palmer pada tahun 1967.

Palmer dan dua pesaing yang hebat dan juga merupakan rakan beliau, Jack Nicklaus dan Gary Player – The Big Three – mempopularkan golf di seluruh dunia. Disebabkan oleh perkongsian penting bersama dengan tiga pemain handalan golf, hubungan antara Rolex dengan golf telah berkembang maju ke peringkat global.

Big Three

Jenama ini menyokong acara lelaki dan wanita pada semua peringkat; daripada pemain legenda seperti Tiger Woods dan Annika Sörenstam kepada pemain golf junior dan amatur. Hari ini, Rolex menaja banyak kejohanan berprestij dan menjadi sebahagian daripada struktur permainan purba ini. Hubungan antara jenama dengan sukan ini melambangkan kualiti, keanggunan, kebolehpercayaan dan semangat perintis.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan golf
Jackie Stewart

Pada tahun 1968, seorang lagi juara sukan menjadi Testimoni – pemandu perlumbaan Sir Jackie Stewart, yang turut menjadi tiga kali Juara Dunia Pemandu FIA Formula 1®.

Sejak tahun 2013, Rolex telah menjadi Rakan Kongsi Global jangka panjang dan Jam Tangan Rasmi Formula 1®, sambil turut berkhidmat sebagai Penaja Perdana bagi Grands Prix™ terpilih. Pertandingan ketahanan dan kemahiran ini ialah satu gabungan sempurna dengan jam tangan ikonik.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan sukan permotoran

Pada akhir tahun 1970-an, Rolex mengembangkan sokongan kepada pemain dan acara tenis terbaik, menandakan permulaan padanan yang sempurna dengan prinsip jenama Swiss ini.

Jam Rolex telah menjaga masa rasmi di Kejohanan Wimbledon sejak 1978, tahun apabila Chris Evert menjadi Testimoni tenis wanita pertama.

Jenama ini kini menaja keempat-empat acara Grand Slam® serta pertandingan pasukan terulung, Piala Davis dan Piala Laver serta kejohanan elit lain. Terdapat banyak nama Testimoni tenis Rolex terpahat pada piala idaman ini, termasuk juara Wimbledon lima kali Björn Borg dan salah seorang pemain unggul sepanjang masa, Rod Laver. Begitu juga juara Switzerland, Roger Federer, yang menjadi pemain pertama memenangi 20 Grand Slam® gelaran perseorangan lelaki.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan tenis
Roger Federer
Roger Federer beraksi di Kejohanan Wimbledon pada tahun 2019.

Setelah memberikan sokongan selama setengah abad kepada para penjelajah dan atlet, Rolex meluaskan komitmen untuk mencapai kecemerlangan dalam arena persembahan yang mengagumkan.

Pada tahun 1976, soprano terkenal Dame Kiri Te Kanawa menjadi Testimoni Rolex pertama dalam bidang seni. Tidak lama kemudian, nama-nama opera yang lain menyusul, termasuk penyanyi mezzo-soprano Cecilia Bartoli, bariton-bes Sir Bryn Terfel dan penyanyi soprano Sonya Yoncheva.

Dame Kiri Te Kanawa

Gustavo Dudamel, konduktor dan pengarah muzik daripada Orkestra Filharmonik Los Angeles, dan pemain piano Yuja Wang ialah Testimoni daripada dunia muzik klasik, manakala perkongsian dengan artis muzik popular seperti Michael Bublé juga telah terjalin.

Perikatan antara Rolex dengan seni kini menjadi ciri penting dalam landskap budaya global.

Jenama ini bekerjasama dengan institusi berprestij, termasuk rumah opera terkemuka seperti Teatro alla Scala, Rumah Opera Diraja dan Met. Penajaan seni ini kini diperluas kepada seni bina, pesta muzik dan Orkestra Filharmonik Vienna.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan muzik
Dewan opera
Rolex merupakan Jam Tangan Eksklusif Teatro alla Scala bertingkat di Milan, salah satu pentas opera utama dunia.
Muzium AMPAS

Pada tahun 2017, dengan kerjasama Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar, Rolex menjadi Penaja Bangga Oscars®.

Serta Penyokong Pengasas bagi Muzium Gambar Bergerak Akademi di Los Angeles. Hubungan kami yang telah lama terjalin dengan dunia pawagam termasuk hubungan dengan pemenang pengarah Oscar James Cameron dan Martin Scorsese yang kecemerlangan mereka dalam penceritaan dan bimbingan memberikan inspirasi kepada pembuat filem generasi seterusnya.

Ketahui lebih lanjut tentang Rolex dan pawagam

Dalam semua aktiviti penajaan, Rolex menyokong pemindahan pengetahuan dan kepakaran dari satu era ke era seterusnya.

Program bimbingan Rolex memberi para seniman baru masa untuk belajar, mencipta dan berkembang. Ditubuhkan pada tahun 2002, inisiatif ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa seni ialah kesinambungan, pengalaman yang dikumpul dari generasi ke generasi dan semua artis terinspirasi oleh tokoh terdahulu.

Ketahui lebih lanjut tentang program bimbingan Rolex
RMP
Sir David Adjaye dan Mariam Issoufou, mentor dan protege seni bina dalam program bimbingan Rolex edisi 2018–2019.

Melalui Anugerah Rolex untuk Perusahaan, bimbingan kepada generasi akan datang juga dimungkinkan untuk para penjelajah dan saintis alam sekitar. Ditubuhkan pada tahun 1976 oleh Pengerusi Rolex, André J. Heiniger, untuk memperingati ulang tahun ke-50 Rolex Oyster – jam tangan kalis air pertama di dunia – Anugerah Rolex dirancang untuk menjadi sambutan yang dianjurkan sekali sahaja. Namun, majlis ini menarik begitu banyak tumpuan antarabangsa sehingga Heiniger dan Rolex mengubah ini menjadi program yang berterusan. Selama bertahun-tahun, majlis ini telah menyokong 150 pemenang yang berusaha memberikan sumbangan besar di seluruh dunia untuk meningkatkan kehidupan dan melindungi planet kita. Hal ini melambangkan kesungguhan syarikat untuk menyumbang kepada seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang Inisiatif Planet Abadi
RAE
Melalui Anugerah Rolex untuk Perusahaan, Rolex menyokong perintis yang bertindak balas terhadap cabaran utama menerusi projek asli dan inovatif yang memelihara alam sekitar dan memajukan pengetahuan serta kesejahteraan manusia.
Sylvia Earle

Testimoni paling awal ialah lelaki dan wanita yang mengharungi cabaran alam dalam penjelajahan tegar. Namun, dalam beberapa dekad kebelakangan ini, Rolex beralih kepada penjelajah yang secara aktif memelihara alam semula jadi kita.

Rolex menyokong aktiviti saintifik yang melindungi kawasan planet yang tersembunyi di bawah permukaan air. Ahli oseanografi legenda Sylvia Earle, Testimoni yang sudah lama, mempunyai pengetahuan tentang ancaman yang dihadapi oleh lautan. Mempunyai kerjaya bawah air selama lebih daripada 50 tahun, beliau telah bekerja tanpa lelah untuk mendidik dunia dan memulihara persekitaran ini. Pada tahun 2014, Rolex mengumumkan sokongan terhadap inisiatif Misi Biru beliau yang bertujuan melindungi kawasan laut.

Ketahui lebih lanjut tentang Misi Biru

Komitmen Rolex yang tidak berbelah bahagi demi masa depan planet kita melampaui penajaan tradisional. Usaha ini merupakan ikrar harapan bahawa warisan yang sama akan terpelihara secara turun-temurun.

Planet abadi
Penjelajah Artik dan Pemenang Anugerah Rolex 2004 Lonnie Dupre memulakan ekspedisi yang bercita-cita tinggi untuk meningkatkan kesedaran global tentang perubahan iklim.

Selama lebih daripada 90 tahun, penajaan Rolex telah berkembang dan merangkumi pelbagai bakat yang luar biasa daripada pelbagai disiplin ilmu, acara dan organisasi yang bergabung dengannya. Mereka semua berusaha untuk menjangkaui sempadan dalam bidang pilihan mereka, memenuhi prinsip bapa pengasas Rolex, Hans Wilsdorf, yang menyatakan:

Mark Kendall
Jurutera bioperubatan dan Pemenang Anugerah Rolex 2012 Mark Kendall sedang membantu usaha merevolusikan pemberian vaksin di negara-negara membangun.

Tugas kami belum selesai, kami berniat untuk melipatgandakan usaha kami. Tetapi pencapaian masa lalu telah memperkuat kepercayaan saya pada masa depan.

Hans Wilsdorf
Emma Camp
Bersama pasukannya, ahli biologi marin dan Pemenang Anugerah Rolex 2019 Emma Camp telah membangunkan teknik pemindahan untuk menyuburkan semula terumbu yang rosak menggunakan batu karang yang lebih keras.

Rolex berdiri teguh pada masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini

Pada tahun 2020, Rolex setia bersama rakan kongsinya merentasi sukan, eksplorasi dan seni, ketika mereka berusaha untuk mengatasi keadaan tahun yang mencabar.

Dalam dunia sukan, jenama ini menyokong Testimoni yang berusaha mengikuti jadual pertandingan mereka dan pada masa yang sama membantu organisasi yang merangka cara inovatif untuk mementaskan acara di samping memastikan kesejahteraan peserta serta menjaga hubungan dengan peminat kerana mereka telah mengikuti aksi tersebut dari rumah.

Testimoni bidang selam
Saintis marin dan Pemenang Anugerah Rolex 2006 Brad Norman menemukan cara untuk mengenal pasti dan memantau jerung paus yang terancam menggunakan algoritma yang dibangunkan oleh NASA.
Keabadian muzik

Sokongan ini juga terbukti dalam perkongsian yang lain

Apabila pemuzik dan penyanyi tidak lagi dapat membuat persembahan di teater, jenama ini telah melancarkan inisiatif “Keabadian Muzik” yang menawarkan mereka peluang untuk mengambil bahagian dalam siri konsert yang tidak dapat dilupakan yang disiarkan secara langsung melalui medici.tv.

Walaupun dunia menghadapi keadaan yang sukar, komitmen berpanjangan Rolex untuk melindungi planet ini tidak pernah goyah pada tahun 2020. Jenama ini berazam untuk memberikan sokongan berterusan kepada rakan kongsinya – individu dan organisasi yang bekerja keras untuk memelihara alam semula jadi – kerana ini membantu mereka menggerakkan projek mereka.