Dewan opera

Sesuai dengan zaman

Sebagai warisan sejagat, muzik mesti dikekalkan dan dipupuk dalam kehidupan seharian kita. Atas semangat inilah Rolex bekerjasama dengan institusi berprestij, termasuk empat panggung opera terkemuka dunia – London, Milan, New York dan Paris – serta dua permata dalam muzik klasik, Pesta Salzburg dan Filharmonik Vienna.

Dengan menyokong penyanyi, konduktor dan pemuzik handalan yang sentiasa menggarap semula muzik klasik agar sesuai dengan zaman kita, Rolex menyumbang untuk menyemarakkan muzik di seluruh dunia.

Rolando Villazón

Rolex percaya pada kualiti dan percaya akan perkara yang kekal bersama kita, dan muzik klasik ialah sesuatu yang abadi.

Rolando Villazón
Opera Garnier

Sumbangan yang berkekalan kepada budaya

Selama bertahun-tahun, Rolex telah menjalinkan perkongsian dengan banyak artis dan institusi berprestij terkemuka dunia, termasuk pemuzik, pesta, konsert dan orkestra. Ini termasuklah pentas opera terulung: Teatro alla Scala Milan, Rumah Opera Diraja di London, Opera Metropolitan New York dan Opéra national de Paris.

Penyinar muzik klasik

Rolex telah menjadi Rakan Kongsi Eksklusif Filharmonik Vienna yang terkenal sejak 2008 dan Penaja Eksklusif bagi Konsert Tahun Baru yang terkenal sejak 2009. Ini menunjukkan dedikasi jenama itu terhadap seni dan budaya serta mempromosikan tahap pencapaian tertinggi dalam bidang muzik.

Konsert
Michael Bublé

Jika anda mahu mendalami sesuatu dan ingin menguasainya, korbankan sedikit masa.

Michael Bublé
Sonya Yoncheva
Penyanyi soprano dari Bulgaria, Yoncheva menyertai keluarga Testimoni Rolex pada tahun 2011.

Seruan artis

Rolex telah menjalinkan kerjasama yang berkekalan dengan ramai artis terkemuka dunia, yang sentiasa berusaha gigih demi mencapai kemuncak disiplin mereka.