Oyster

Oyster mengiringi para lelaki dan wanita yang mencetuskan inspirasi dan membentuk dunia.

Mereka ialah pakar yang melampaui batas pengetahuan manusia. Mereka ialah penjelajah, saintis, pengembara dalam keadaan ekstrem, atlet, artis atau pemimpin yang hebat. Pencapaian mereka telah mengukir sejarah dan membuka horizon baharu. Sejak pelancaran Oyster yang pertama, Rolex telah mengiringi mereka dan berkongsi komitmen mereka, memenuhi standard dan keinginan tanpa mengenal erti lelah untuk berjaya. Sejak tahun 1926, banyak variasi Oyster telah membuktikan usaha mengejar kecemerlangan ini yang tidak berkesudahan.

Oyster pertama

Kami ingin menjadi yang pertama dalam lapangan dan Rolex harus dilihat sebagai unik dan terbaik.

Hans Wilsdorf
Rolex Oyster
Iklan Rolex dari tahun 1930-an menunjukkan Oyster berada di dalam tangki ikan emas untuk menunjukkan kualiti kalis air.