Ketukangan

Adakah anda menyebut ketukangan

Bagi kami, kecantikan bukan hanya sekadar luaran.

Tetapi sebaliknya. Pengasas kami, Hans Wilsdorf, berpendapat bahawa kecantikan, seperti kebolehpercayaan dan ketepatan, ialah hasil daripada perkara yang kami di Switzerland panggil sebagai bienfacture. Satu ungkapan yang paling tepat diterjemahkan sebagai “kerja tangan yang halus”. Ini merupakan kepercayaan yang kami pegang sehingga hari ini, dalam fikiran dan hati kami.

Menata ciptaan kami dengan penuh teliti supaya kualiti dapat dicerminkan dalam reka bentuk jam yang harmoni, sama seperti keajaiban pembuatan jam tangan itu sendiri. Kepercayaan inilah yang mendorong kami menyuntik nilai estetika dengan mengoptimumkan bukan sahaja jam tangan kami, malah banyak gerak isyarat manusia yang membentuk jam-jam ini.

Penggilapan penutup

Bagi kami, kecantikan bukan hanya sekadar luaran. Kerana ketukangan merupakan sesuatu yang melibatkan fikiran dan juga hati.

Seseorang boleh mengesan pengoptimuman ini dengan cara luar biasa penutup jam tangan kami memantulkan cahaya. Kami terus mengasah lengkungan jam selama beberapa dekad, menyempurnakan garisan dan kemasan. Seseorang mungkin tidak dapat memberikan penjelasan, tetapi keindahan cahaya ini bukanlah hal yang tidak rasional. Dari mana-mana sudut, sekilas pandang seseorang dapat melihat keanggunan jam yang tiada tandingannya dalam pantulan setiap sinar. Selama bertahun-tahun penyelidikan dan pengalaman, kami telah dapat mengenal keharmonian ini sepintas lalu. Tetapi tidak menjadi masalah jika mata seseorang itu kurang mahir. Dia hanya perlu mengikut gerak hatinya. Kerana ketukangan merupakan sesuatu yang melibatkan fikiran dan juga hati.

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta