Autonomi

Dua makna autonomi

Autonomi jam tangan bukan sekadar sebuah janji. Bagi kami, ini merupakan pakatan yang berfungsi secara timbal balik.

Kami sentiasa berusaha mengawal penyimpanan dan pelepasan tenaga yang berterusan ke gigi roda gerakan, menyempurnakan setiap faktor sehingga perincian terakhir. Kini, usaha yang berterusan ini menjamin jam tangan kami mempunyai rizab kuasa yang optimum hingga 72 jam.

Walau bagaimanapun, sejak pengenalan rotor Perpetual pertama pada tahun 1931, autonomi ini bukan sahaja menyaksikan kemajuan yang menakjubkan, malah telah membuka dimensi baharu. Seorang manusia yang berfikir secara mendalam. Kami mendapat tahu bahawa setiap pemakai mempunyai tenaga peribadi dan serba boleh mereka sendiri yang sentiasa berubah rentak, arah dan keamatan. Hanya dengan memahami nuansa dan kepelbagaian pemakai, kami dapat menangkap dan menerapkan pengetahuan ini ke dalam kaliber kami ke tahap yang begitu cekap. Justeru mewujudkan pertukaran berterusan antara jam tangan dengan pemakai.

Rotor

Autonomi jam tangan bukan sekadar sebuah janji. Bagi kami, ini merupakan pakatan yang berfungsi secara timbal balik. Sama ada disebabkan oleh anda atau gerakan itu sendiri, gerakan akan sentiasa menghasilkan pergerakan.

Seperti mana-mana cetusan gerakan, iaitu gerak mula yang disuap oleh tenaga seseorang dan kemudian disesuaikan dengan daya sendiri, gerakan Rolex bermula dengan satu tolakan. Tolakan menerusi tangan tukang jam kami yang cermat dan mahir. Sejak itu, pakatan dimeteraikan. Sama ada disebabkan oleh anda atau gerakan itu sendiri, gerakan akan sentiasa menghasilkan pergerakan.

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta