Keselesaan

Inti pati kesemua deria

Kami tahu bahawa analisis sensori amatlah perlu untuk memastikan beberapa kualiti penting jam tangan kami.

Walaupun kami tidak pernah berhenti memikirkan kaedah yang lebih terperinci untuk meneliti prestasi mekanikal dan kronometri jam tangan, kami tahu bahawa kadangkala, tiada pemeriksaan dan kawalan automatik yang setanding dengan pancaindera manusia. Misalnya, tangan yang ditampilkan di sini ialah tangan yang ditugaskan untuk menilai rasa tekstur penutup jam tangan.

Pakar-pakar ini mengusap setiap permukaan jam tangan. Memeriksa setiap cuping, rantai dan pengancing yang dipasang dan digilap di bengkel kami. Latihan selama bertahun-tahun telah memberi jari dan mata mereka kepekaan yang tidak dapat disaingi oleh alatan pengukur.

Rantai

Kami tahu bahawa analisis sensori amatlah perlu untuk memastikan beberapa kualiti penting jam tangan kami. Oleh sebab deria-deria yang tajam inilah jam tangan kami jauh lebih tahan lasak dan selesa. Sehinggakan anda hampir tidak merasakan seutas jam tangan di pergelangan tangan anda.

Sekali pandang atau sentuh, mereka dapat mengesan sedikit sahaja ketidaksempurnaan pada kemasan cermin emas 18 karat kami, atau ketidakteraturan terkecil yang boleh mengubah kemasan satin dan integriti aloi Oystersteel kami. Oleh sebab deria-deria yang tajam inilah jam tangan kami jauh lebih tahan lasak dan selesa. Sehinggakan anda hampir tidak merasakan seutas jam tangan di pergelangan tangan anda.

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta