Rantai Oyster
Keselesaan pergerakan
Ini ialah gelang Oyster kami, dengan pautan tiga keping yang unik dan sangat teguh. Ia merupakan tanda nilai-nilai asas dan pakatan yang wujud dalam semua hasil tangan kami. Fungsi dan bentuk, keteguhan dan kelenturan, keselesaan dan keanggunan.
Dibangunkan pada akhir 1930-an, ia melambangkan gerak hati asal Hans Wilsdorf, yang meramalkan jam tangan sebagai alat yang mampu menyahut cabaran kerumitan dunia yang semakin moden. Rolex bukan sahaja membangunkan kaliber jam tangan yang melepasi piawaian pembuatan jam. Rolex mencipta kaliber yang baharu untuk gelang ini dan memberikan identiti dan bahasa tersendiri. Oleh itu, gelang Oyster bukan sahaja melentur mengikut pemakai. Ia memiliki ekspresi sendiri.