Ukiran laser
Seni ukiran warna
Ini ialah motif bunga kami. Eksklusif untuk Datejust 31, ciptaan ini menggabungkan tradisi pembuatan jam tangan dengan teknologi canggih
Plat tembaga pada dasar permukaan mempunyai kemasan jejarian yang menggunakan dua pancaran laser yang berlainan untuk mencipta kesan kusam atau berira. Keindahan bunga yang pelbagai warna terungkap melalui proses pewarnaan yang memperhalusi teksturnya. Ukiran unsur alam ini dihiasi dengan 24 berlian berdiameter pelbagai yang berkilauan bak embun pagi, yang melengkapkan transformasi permukaan.