Sea-Dweller
Oyster, 43 mm, Oystersteel
Rujukan 126600
Penghuni laut dalam
Oyster Perpetual Sea-Dweller dalam Oystersteel, dengan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik hitam dan rantai Oyster.
Bezel Seramik dan Paparan Pendarkilau
Jam tangan penyelam legenda
Bezel bersenggat 60 minit, boleh putar satu arah Sea-Dweller membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan mereka dengan tepat dan selamat.
Jam ini dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang warnanya tidak terjejas oleh sinar ultraungu matahari. Senggatan disalut melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan platinum yang nipis. Permukaan menampilkan jarum dan penanda jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar dapat dibaca dengan jelas ketika gelap.
Permukaan hitam terang
Diilhamkan oleh yang asal
Permukaan hitam Sea-Dweller mempunyai jarum yang besar dan indeks yang dikhaskan untuk model profesional Rolex. Permukaan itu membawa nama Sea-Dweller dalam warna merah, rujukan kepada model yang pertama.
Paparan Chromalight pada permukaan ialah satu inovasi yang menjangkaui sempadan penglihatan dalam persekitaran yang gelap. Cahaya birunya tahan hingga lapan jam dengan kecerahan seragam, iaitu dua kali ganda lebih lama berbanding dengan bahan pendarkilau standard.
Oystersteel
Sangat tahan kakisan
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting.
Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Rantai Oyster
Keajaiban bentuk dan fungsi
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa.
Ia dilengkapi dengan pengancing Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja, dan Glidelock yang bijak, yang membolehkan pelarasan halus rantai tanpa menggunakan apa-apa alatan - dan membolehkan jam tangan selesa dipakai bersama pakaian selam.
Lagi butiran teknikal Sea-Dweller
Rujukan 126600
Sea-Dweller
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.