Sylvia Earle

Lautan: jajahan mereka

Penjelajah, ahli oseanografi, jurugambar bawah air dan pelaut, lautan adalah koloni mereka. Setelah bertahun-tahun menyaksikan keajaiban laut, mereka tahu bahawa itu ialah khazanah alam yang amat berharga. Mereka memakai Sea-Dweller untuk mencerminkan semangat dan komitmen mereka.

Testimoni Rolex sejak tahun 1982

Sylvia Earle

Sylvia Earle

“Ratu Laut Dalam”

“Ratu Laut Dalam” ialah gelaran untuk Sylvia Earle selepas menghabiskan hidupnya di bawah air, kadangkala di tempat yang tidak pernah dijejaki oleh manusia sebelum ini. Ahli biologi marin terkenal itu telah mengabdikan dirinya untuk meneroka dan memelihara habitat laut dalam.

Pada tahun 1970, semasa bekerja sebagai penyelidik di Universiti California, Berkeley, beliau mengetuai salah satu misi Tektite II, iaitu sebuah program yang dibiayai bersama oleh NASA. Bersama-sama empat saintis dan penyelam wanita yang lain, Earle menghabiskan masa 14 hari di habitat bawah air di Kepulauan Virgin AS pada kedalaman 15 meter.

Demi membendung kemerosotan lautan dunia yang meruncing, Earle mengasaskan Misi Biru pada tahun 2009 bertunjangkan matlamat utama untuk membangunkan rangkaian kawasan perlindungan marin di seluruh dunia. Rolex telah menyokong misi ini sejak tahun 2014.

Temui lagi di Rolex.org

Testimoni Rolex sejak tahun 1994

David Doubilet

David Doubilet
David Doubilet

27,000 jam di bawah laut

Jurugambar David Doubilet telah mendedikasikan hidupnya untuk lautan dengan merakam setiap aksi, ceritera dan keindahan yang terbentang di bawah permukaan air. Perintis dalam bidangnya ini memulakan kerjaya pada tahun 1962 semasa berusia 16 tahun, ketika fotografi bawah air masih pada peringkat awal.

Selama lebih daripada 60 tahun, beliau telah menghabiskan kira-kira 27,000 jam di bawah air dan membangunkan kaedah pengambilan gambar baharu seperti teknik pecahan medan yang membolehkan imej ditangkap di atas dan di bawah paras air secara serentak.

Doubilet menjadi saksi kepada segala keindahan dunia akuatik. Melalui kerjanya, beliau meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa keajaiban dunia ini harus dipelihara. Gambar-gambar beliau menjadi salah satu wadah yang paling menonjol dan berkesan untuk menggalakkan usaha pemeliharaan dunia bawah air.