Deepsea Challenge
Oyster, 50 mm, titanium RLX
Rujukan 126067
Horizon lautan dalam
Oyster Perpetual Deepsea Challenge dalam Titanium RLX, dengan Sisipan bezel Cerachrom dalam seramik hitam dan rantai Oyster.
Bezel Seramik dan Paparan Pendarkilau
Jam tangan penyelam legenda
Bezel bersenggat 60 minit, boleh putar satu arah Deepsea Challenge membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan mereka dengan tepat dan selamat.
Jam ini dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang warnanya tidak terjejas oleh sinar ultraungu matahari. Senggatan disalut melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan platinum yang nipis. Permukaan menampilkan jarum dan penanda jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar dapat dibaca dengan jelas ketika gelap.
Permukaan hitam terang
Untuk kejelasan dalam air
Paparan Chromalight pendarkilau pada permukaan ialah inovasi yang meningkatkan kebolehlihatan dalam persekitaran gelap dan ini merupakan satu ciri penting bagi penyelam.
Penanda jam dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – dan jarum jam serta minit yang lebar membolehkan bacaan serta-merta dan boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang risiko kekeliruan di dalam air.
Titanium RLX
Ultralight resistance
Titanium RLX ialah sejenis aloi titanium gred 5 yang dipilih oleh Rolex kerana ciri kenirberatan dan ketahanan terhadap pencacatan bentuk dan kakisan. Walaupun tidak sensitif terhadap tekanan abis, jam tangan eksperimen yang menemani James Cameron di Jurang Mariana masih menghadapi masalah kebolehpakaian disebabkan oleh berat jam tangan tersebut kerana diperbuat daripada keluli 904L.
Penggunaan titanium RLX untuk menghasilkan penutup dan rantai Deepsea Challenge telah meringankan berat jam tangan dengan lebih ketara: jam tangan ini adalah 30 peratus lebih ringan daripada jam tangan eksperimen yang mengilhamkan ciptaan jam ini. Jam tangan ini juga bercirikan ira yang sangat ketara dengan kemasan satin pada rantai dan penutup – kecuali pelindung putaran jam. Untuk menonjolkan bentuk melengkung cuping, bahagian tepi atas jam telah dipotong serong dan digilap.
Rantai Oyster
Keajaiban bentuk dan fungsi
Sistem sambungan Glidelock dan Fliplock Rolex yang inovatif boleh digunakan tanpa memerlukan alatan. Diperbuat daripada titanium RLX, rantai Oyster Deepsea Challenge dilengkapi dengan sambungan pemanjangan Fliplock dan sistem Glidelock Rolex.
Lantaran gabungan dua sistem sambungan ini, jam tangan ini selesa dipakai bersama pakaian selam setebal 7 mm.
Lagi butiran teknikal Deepsea
Rujukan 126067
Deepsea Challenge
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.