Injap lepas helium
Mengendalikan penyahmampatan
Penyelam tepu profesional menghabiskan masa yang lama dalam ruang hiperbarik, apabila campuran gas yang mereka hirup mengandungi terlalu banyak helium. Molekul helium adalah sangat kecil sehingga dapat menembusi penutup jam tangan. Semasa fasa penyahmampatan yang membolehkan para penyelam menyingkirkan campuran gas yang diserap oleh badan mereka dan mengembalikan badan mereka kepada tekanan atmosfera yang normal secara perlahan-lahan, helium tidak dapat selalunya melepaskan diri daripada penutup jam tangan dengan cukup pantas. Fenomena ini boleh mengakibatkan peningkatan tekanan di dalam jam tangan, yang membawa kepada kerosakan atau bahkan memisahkan kristal daripada penutup. Untuk membolehkan gas dilepaskan tanpa menjejaskan kekalisan air jam tangan, Sea-Dweller, Rolex Deepsea dan Deepsea Challenge dilengkapi dengan injap lepas helium. Injap searah ini diaktifkan secara automatik apabila tekanan di dalam penutup menjadi terlalu tinggi.