Formula 1

Melampaui batasan prestasi

Rolex, rakan kongsi sejak tahun 2013

Itulah disiplin sukan permotoran terulung. Selama lebih 70 tahun, Formula 1® telah membangkitkan semangat yang bukan sahaja menggamit peminat sukan permotoran, malah khalayak yang lebih luas. Pada abad ke-21, Formula 1® telah memasuki wilayah geografi baharu. Acara itu kini bersifat global dan telah memeterai perjanjian dengan Rolex, menjadikan pembuat jam ini Rakan Kongsi Global dan Jam Tangan Rasmi Kejohanan Dunia Formula 1® sejak musim 2013. Namun hubungan antara Rolex dengan Formula 1® semakin erat. Sejak 1968, jenama ini telah menjalinkan ikatan dengan Sir Jackie Stewart, Juara Dunia Pemandu FIA Formula ® sebanyak tiga kali (1969, 1971, 1973), pemenang bagi 27 daripada 99 Grands Prix™ yang disertainya dan menjadi duta untuk keselamatan pemandu.

Jackie Stewart

Saya fikir saya masih mahu menjadi juara untuk apa-apa saja yang saya lakukan – dan itu masih menjadi satu cabaran. Apabila menatap jam tangan saya hari ini, saya melihat semua itu.

Sir Jackie Stewart
Musim kecemerlangan

Musim kecemerlangan

Setiap musim Formula 1® merupakan pengembaraan fizikal dan teknologi yang memukau penonton di seluruh dunia. Tetapi ini bukan hanya soal kelajuan. Pengendalian jentera yang paling berkuasa, pemanduan yang tepat dan strategi seluruh pasukan menyajikan tontonan yang mempesonakan peminat sukan permotoran yang kian berkembang.

Monaco

10 pasukan perlumbaan, 20 pemandu dan beberapa pengeluar enjin bersaing dalam kejohanan dunia Formula 1®, yang merangkumi lebih daripada 20 perlumbaan Grand Prix setiap tahun merentasi lima benua. Beberapa acara seperti yang diadakan di jalan raya Monaco dan di litar Silverstone di England, adalah begitu istimewa dalam sejarah sukan itu. Acara yang lain seperti Las Vegas Grand Prix telah dimasukkan ke dalam kalendar baru-baru ini.

Selepas Grand Prix terakhir musim ini, dua trofi dianugerahkan. Gelaran Juara Pemandu Dunia FIA Formula 1® dan Juara Pembina Dunia adalah antara yang paling berprestij dalam dunia sukan. Acara ini memberikan ganjaran atas kebolehpercayaan, ketepatan dan usaha memburu kecemerlangan, iaitu tiga kualiti yang sangat penting buat Rolex.

Saya gembira melihat sukan ini berkembang, sentiasa maju ke hadapan dan meraih minat dari seluruh dunia.

Jenson Button
Jenson Button

Jenson Button
Mengungguli persaingan

Sejak penampilan sulungnya di Grand Prix Australia 2000 hingga perlumbaan terakhir di Grand Prix Monaco 2017, karier Formula 1® Jenson Button diwarnai dengan kejayaan: 15 kemenangan Grand Prix, 50 podium, dan hadiah utama dengan menjadi Juara Pemandu Dunia pada tahun 2009. Pemandu British itu kini menggunakan kemahirannya untuk perlumbaan ketahanan dan klasik. Pada tahun 2023, beliau menyertai tiga perlumbaan NASCAR (National Association for Stock Car Auto Racing) dan memulakan edisi seratus tahun 24 Jam di Le Mans dalam entri NASCAR. Beliau menjadi Testimoni Rolex sejak 2021 dan mempunyai hubungan istimewa dengan Cosmograph Daytona; beliau membeli jam yang pertama ketika berusia 20 tahun dan kini memakai model yang diberikan kepada arwah bapa sempena hari lahir bapanya yang ke-70.

Mechanics to extreme

Melampaui batasan mekanik

Dalam Formula 1®, konsep prestasi meliputi banyak bidang yang berbeza. Khususnya, ini melibatkan ketahanan komponen mekanikal, kebolehpercayaan dan kefleksibelan enjin, aerodinamik, ketepatan trajektori, keupayaan untuk menahan keadaan ekstrem dan keselamatan pemandu.

Prestasi kini banyak melibatkan usaha memburu kecekapan enjin. Kebimbangan alam sekitar telah menjadi fokus utama bagi industri automotif, dan Formula 1® Grands Prix™ ialah makmal terbuka yang berharga untuk tujuan ini.

Mark Webber

Kami berada dalam era kegemilangan sukan ini yang menjadi semakin mantap dengan penglibatan para pengeluar kereta utama dalam kejuruteraan Formula 1® yang canggih.

Mark Webber
Tenaga pencetus perubahan

Tenaga pencetus perubahan

Sejak 2019, Formula 1® komited untuk mencapai sasaran Sifar Bersih 2030. Ini melibatkan pengurangan pelepasan gas daripada logistik dan infrastruktur. Selain itu, matlamatnya adalah untuk mencapai keneutralan karbon untuk enjin kereta lumba tempat duduk tunggal.

Bagi merealisasikan matlamat ini, bahan api yang dibangunkan bertujuan untuk memastikan kecekapan tinggi dengan penggunaan yang wajar. Gabungan kemegahan sukan dengan prestasi tenaga menambahkan cabaran kecekapan dalam acara yang mendebarkan ini.

Eksperimen yang dijalankan dalam Formula 1® dijangka akan memberikan impak terhadap industri automotif secara meluas. Enjin turbo, suspensi aktif, kawalan cengkaman, sistem brek antikunci (ABS) dan baru-baru ini, sistem pemulihan tenaga kinetik (KERS), merupakan proses yang telah dilaksanakan yang terbukti bermanfaat di litar lumba sebelum memasuki arus perdana. Pemindahan teknologi dari litar lumba ke jalan raya menjadi salah satu faktor utama kewujudan Formula 1®.