Goodwood Revival
Tanggungjawab kita kepada generasi akan datang
Pada setiap tahun sejak 1997 di daerah West Sussex di selatan London, Goodwood Revival telah menghidupkan semula tradisi automotif. Acara ini terdiri daripada 16 perlumbaan yang diadakan selama tiga hari. Setiap perlumbaan menampilkan kereta sukan yang dibina antara tahun 1930 hingga 1966. Kira-kira 300 kereta dan motosikal yang mewakili era masing-masing, bersaing dalam kategori umur dan reka bentuk. Testimoni Rolex Sir Jackie Stewart, Tom Kristensen dan Jenson Button kerap mengambil bahagian, semata-mata kerana keghairahan perlumbaan kereta dan minat mereka terhadap kereta klasik.
Rolex menjadi Penjaga Masa Rasmi acara itu sejak 2004 dan turut menyokong Kelab Pemandu teragung yang menjadi nadi perayaan tiga hari tersebut.