Oscars

Majlis Oscars®: perayaan unik untuk meraikan kecemerlangan, inspirasi dan kepintaran teknikal dalam menghasilkan mahakarya.

Sorotan musim filem

Sejak tahun 2017, Rolex merupakan Penaja Bangga Oscars® yang dilangsungkan di Teater Dolby®, Hollywood sejak turun-temurun. Disiarkan secara langsung di lebih daripada 200 negara dan wilayah di seluruh dunia, acara unik ini bukan sekadar meraikan pawagam: saban tahun, acara ini membantu dalam pembentukan landskap pawagam di seluruh dunia.

Patung

Meraikan kecemerlangan

Majlis Oscars® diibaratkan lebih daripada sekadar pengiktirafan oleh rakan setara. Majlis ini meraikan ilham dan emosi, begitu juga dengan proses penghasilan, kepakaran teknikal serta banyak lagi yang berkaitan dengan penghasilan filem. Memetik ungkapan kegemaran pengasas Rolex, Hans Wilsdorf, majlis ini ibarat puisi yang menggambarkan “karya terindah”. Pawagam ialah gabungan seni, sains dan industri, manakala majlis Oscars® pula menyinarkan cahaya pada segala aspek pawagam.

Oleh sebab majlis ini mengiktiraf pencapaian dan usaha pasukan yang mengejar kecemerlangan, majlis Oscars® menjunjung prinsip yang turut dipegang oleh Rolex ini.

Suasana majlis
Rolex ialah Penaja Bangga Oscars®, iaitu sebuah majlis yang meraikan kecemerlangan pembikinan, inspirasi dan genius teknikal perfileman.

Rolex dan Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar: perkongsian bersejarah yang terserlah oleh kecemerlangan

Pada tahun 2017, Rolex telah menjadi rakan kongsi kepada kuasa tertinggi industri perfileman, iaitu Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar. Entiti ini bersatu atas dasar kepercayaan sepakat bagi mencapai kecemerlangan, menggalakkan bakat baharu, memupuk kemajuan dan kepentingan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi masa hadapan.

Rolex menjadi Jam Tangan Eksklusif Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar, Penaja Bangga Oscars®, serta Penaja Eksklusif Anugerah Gabenor. Rolex turut menjadi Penyokong Pengasas dan Jam Tangan Rasmi untuk Muzium Wayang Gambar Akademi yang telah dibuka di Los Angeles pada bulan September 2021.

Rolex ialah Penaja Eksklusif Anugerah Gabenor yang memberikan penghormatan kepada individu yang diraikan atas pencapaian sepanjang hayat dalam perfileman.

Anugerah Gabenor

Oscars® dan Anugerah Gabenor

Rolex dan Greenroom Oscars®

Rolex ialah penganjur rasmi bagi Greenroom, iaitu bilik pengantara untuk Oscars®. Para calon dan penyampai berkumpul di dalam bilik istirahat ini sebelum dan selepas melangkah masuk ke pentas majlis Oscars®, kemudian kembali dengan membawa piala rebutan.

Setiap tahun, Rolex membangunkan pengalaman unik yang mengasyikkan dan hiasan dalaman baharu untuk Greenroom. Pada tahun 2024, terdapat gambaran inspirasi persekitaran tumbuh-tumbuhan yang ringan dan halus  yang menggabungkan unsur semula jadi serta struktur organik untuk mencipta dunia kromatik.