Martin Scorsese

Pembuat filem, pencinta pawagam

Dengan penghasilan karya bermutu dan gaya tersendiri, Martin Scorsese ialah salah seorang pengarah terhebat era ini. Beliau ialah seorang Testimoni Rolex.

Martin Scorsese: tokoh terunggul filem

Filem Martin Scorsese telah menambat hati ramai penonton seluruh dunia. 27 filem ceteranya telah memenangi berbilang anugerah. Pengarah tersohor ini mengikuti haluan dan mengubah medium pilihannya sendiri secara sistematik.

Portret Martin Scorsese

Salah satu elemen kerja Scorsese yang menonjol ialah tumpuan yang diberikan terhadap setiap peringkat penghasilan, sama ada bekerjasama dengan penulis skrin bagi menghasilkan watak yang bernuansa, memilih skor lagu yang mewarnai setiap babak atau membangkitkan semula suasana bagi era tertentu. Keahliannya dalam bidang perfileman digabungkan dengan kemampuan mencipta suasana, menyemarakkan keyakinan para pelakon untuk melontarkan dialog spontan sewaktu penggambaran.

Martin Scorsese

Filem mampu menyentuh hati dan membangkitkan wawasan serta mengubah persepsi kita terhadap dunia. Filem juga membawa kita mengembara, membuka pintu hati dan minda.

Martin Scorsese

Pengarah yang baik dan berhati mulia ini telah meneroka setiap genre, bermula daripada filem zaman dahulu sehingga filem seram, daripada Noir kepada muzikal dan juga drama psikologi. Hasil karya beliau telah banyak menampilkan watak yang menjulang sejarah pembuatan filem. Menceburi legasi klasik terunggul dan dipacu oleh usaha memburu kemodenan yang berterusan, filem Martin Scorsese menawarkan pandangan peribadi Amerika sambil meneroka kehidupan manusia.

Renungan Martin Scorsese

Filem ialah memori sepanjang hayat kita, kita perlu pastikan memori itu tidak lenyap.

Martin Scorsese

Sama ada filem cetera, dokumentari, siri atau filem pendek, sebagai seorang pengarah atau penerbit, Martin Scorsese telah membina pelbagai filemografi sejak berdekad lamanya. Beliau mempelopori The Film Foundation dalam usaha pemeliharaan dan pemulihan dunia pawagam yang mendapat sokongan daripada Rolex. Beliau memberikan penghormatan kepada pembikin filem terulung sambil mengekalkan dialog kreatif dengan generasi muda menerusi kolaborasi artistik dan penglibatannya dalam Inisiatif Seni Mentor dan Protege Rolex.

Gigih dan bersemangat, melahirkan filem klasik yang tidak kurang hebatnya sebagai filem sulung, beliau masih berkhidmat dalam bidang yang dianggapnya lebih hebat daripada sumbangannya sendiri iaitu dunia wayang secara keseluruhan.

Projektor video

Inisiatif Seni Mentor dan Protege Rolex

Inisiatif Seni Mentor dan Protege Rolex menggalakkan bakat baharu untuk bekerja, meneroka idea dan berkarya bersama-sama dengan pembuat filem terkemuka. Inisiatif ini mencetuskan dialog yang bermakna antara generasi artis dari seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut di Rolex.org