Berganding bahu mengukir sejarah
Pada tahun 1926, pengasas Rolex iaitu Hans Wilsdorf, telah mencipta seutas jam tangan kalis air revolusioner yang menjadi bualan hangat iaitu Oyster. Beberapa bulan kemudian, para penonton mulai terpikat dengan The Jazz Singer, sebuah filem gambar bergerak yang pertama. Kedua-dua detik bersejarah ini menandakan bermulanya pembikinan filem dan pembuatan jam tangan moden.
Pada tahun 1931, Rolex mencapai satu lagi kejayaan unggul dengan Oyster, mekanisme putaran kendiri dengan rotot bebas, dinamakan rotor Perpetual.
Manakala, pawagam menyaksikan penampilan utama jenama tersebut di layar perak.
Sejak itu, Rolex dan pawagam sentiasa digandingkan bersama saban waktu. Sehingga hari ini, kedua-duanya memiliki matlamat yang sama dalam mengejar kecemerlangan, inovasi dan kemajuan sebagai pencetus aspirasi terunggul.