Dewan konsert

Pentas opera terkemuka dunia

Perikatan antara Rolex dengan seni kini menjadi ciri penting dalam landskap budaya global. Jenama ini bekerjasama dengan institusi berprestij, termasuk rumah opera terkemuka seperti Teatro alla Scala di Milan, Rumah Opera Diraja di London, Opera Metropolitan New York dan Opéra national de Paris.

Teatro alla Scala

Ditubuhkan pada abad ke-18 ketika zaman keemasan opera, Teatro alla Scala merupakan pusat untuk dunia opera. Persembahan di sini terus menjangkaui sejarah dan masa. Duduk jauh di bahagian “loggione” (aras teratas), penonton pada hari ini masih tinggi semangat dan pendapatnya. Rolex telah menjadi Jam Tangan Eksklusif La Scala sejak tahun 2006. Rolex juga telah menjadi penyokong Museo Teatrale alla Scala, Muzium La Scala, sejak 2020.

Teatro alla Scala
Rumah Opera Diraja

Rumah Opera Diraja

Megah. Menginspirasi. Dengan pemandangan dan bunyi yang gah, Rumah Opera Diraja di London ialah tempat penari balet, pelakon opera serta pemuzik orkestra handalan dunia meluahkan jiwa dan perasaan mereka. Antaranya, penyanyi soprano terkenal Dame Kiri Te Kanawa yang menjadi Testimoni Rolex pertama dalam bidang seni pada tahun 1976. Setiap karya agung yang dipersembahkan di institusi ikonik ini menjadi bukti penyampaian warisan seni. Selepas lebih 300 tahun, rumah opera yang juga dikenali sebagai Covent Garden, berfungsi sebagai arena suci kebudayaan. Rolex ialah Jam Tangan Eksklusif bagi institusi kebudayaan British yang hebat ini di bawah perkongsian yang dibentuk pada tahun 2008.

MET

Opera Metropolitan

Opera Metropolitan yang dikenali sebagai Met ialah salah sebuah institusi kebudayaan terkemuka di dunia. Terletak di tengah-tengah kota New York, inilah tempat keramat buat penyanyi, konduktor, komposer, pemuzik orkestra, pengarah pentas, pereka, artis visual, koreografer dan penari yang terkenal pada peringkat antarabangsa. Persembahan di Met – mitos lagi bersejarah – ialah lambang kejayaan profesional, kecemerlangan dan sanjungan. Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi Opera Metropolitan sejak Ogos 2011.

Orkestra
Rolex bekerjasama dengan institusi, orkestra dan konsert paling berprestij, termasuk pentas opera di London, Milan, New York, Buenos Aires, Hamburg, Monte Carlo, Paris dan Zurich.
Opéra national de Paris

Opéra national de Paris

Opéra national de Paris merupakan salah satu rumah opera yang tertua di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1669 oleh Raja Louis XIV dengan tujuan untuk memartabatkan akademi opera atau persembahan muzik dalam bahasa Perancis sama seperti yang ada di Itali, dan sejak itu kekal sebagai institusi muzik yang penting. Pada tahun 1989, Opéra Bastille yang baru dibina bergabung dengan Palais Garnier yang bersejarah sebagai sebahagian daripada Opéra de Paris yang menjadi Opéra nasional de Paris pada tahun 1994. Dua arena ini memberikan contoh keanggunan dan gaya dengan menggabungkan tradisi orang Paris dan kemodenan dalam satu institusi. Rolex telah menjadi Jam Tangan Eksklusif untuk Opéra national de Paris sejak tahun 2014.

Mencapai penonton di seluruh dunia

  • Pusat Seni Pentas Negara

    Pusat Seni Pentas Negara

  • Opéra de Monte-Carlo

    Opéra de Monte-Carlo

  • Elbphilharmonie Hamburg

    Elbphilharmonie Hamburg

Kubah opera
Dikenali sebagai 'Mutiara di Atas Air', Pusat Seni Pentas Negara di Beijing ialah arena utama untuk seni persembahan di China.

Empat daripada pentas opera tersohor di dunia dihubungkan menerusi perkongsian mereka dengan Rolex.