Filharmonik Vienna

Sorotan kalendar seni

Rolex memupuk kecemerlangan dalam bidang seni melalui sokongan terhadap acara utama dalam kalendar seni antarabangsa. Majlis yang gilang-gemilang ini – Konsert Tahun Baru Filharmonik Vienna tahunan, Konsert Malam Musim Panas serta pesta Salzburg dan Whitsun – berlangsung di Austria, yang kaya dengan sejarah kelahiran muzik klasik.

Filharmonik Vienna

Filharmonik Vienna

Selama lebih daripada 80 tahun, Konsert Tahun Baru tahunan Filharmonik Vienna yang dipersembahkan pada pagi 1 Januari telah berjaya memukau para penonton dengan keindahan dan kemegahannya. Konsert ini secara tradisinya merupakan satu pameran muzik untuk Johann Strauss, keluarga beliau serta yang sezaman dengannya. Jutaan orang di lebih daripada 90 negara dapat menikmati muzik yang disiarkan secara langsung dari Musikverein di Vienna. Sejak tahun 2008, Rolex telah menjadi Rakan Kongsi Eksklusif orkestra berprestij ini dan menjadi Penaja Eksklusif Konsert Tahun Baru sejak Januari 2009.

Konsert Malam Musim Panas

Konsert Malam Musim Panas

Pada bulan Mei atau Jun setiap tahun, seramai 100,000 orang akan berkumpul di Istana dan Taman Schönbrunn, Vienna untuk menyaksikan Konsert Malam Musim Panas oleh Filharmonik Vienna yang sangat dinanti-nantikan. Persembahan terbuka yang terkenal ini telah disampaikan oleh Rolex pada setiap tahun sejak tahun 2009. Ini menandakan perkongsian jenama bersama Filharmonik Vienna yang merupakan salah satu institusi muzik terbaik dunia serta komitmennya dalam memastikan muzik klasik dapat dinikmati oleh semua orang.

Rolando Villazon

Rolex percaya pada kualiti dan percaya akan perkara yang kekal bersama kita, dan muzik klasik ialah sesuatu yang abadi.

Rolando Villazón

Pesta Salzburg

Pesta Salzburg yang diasaskan pada tahun 1920 telah menjadi salah satu pesta yang paling berprestij seumpamanya, iaitu acara yang menggabungkan seni persembahan dan aktiviti masa lapang bagi mencipta suatu pengalaman yang unik. Program artistik yang luas ini menyatukan konduktor, pengarah pentas, penyanyi, pemuzik, pelakon dan orkestra terbaik dunia dalam persembahan opera, drama serta konsert yang tiada tandingannya. Rolex berbangga menjadi Penaja Utama Pesta ini sejak tahun 2012.

Pesta Salzburg
Pesta Whitsun

Pesta Whitsun

Pesta Whitsun Salzburg menampilkan himpunan drama dan konsert yang mengagumkan sepanjang minggu Whitsun diadakan. Perayaan muzikal ini dipimpin oleh penyanyi mezzo-soprano tersohor dunia iaitu Cecilia Bartoli yang juga merupakan Testimoni Rolex sejak tahun 1994. Rolex menjadi Penaja Eksklusif Pesta Whitsun sejak tahun 2012 sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya terhadap pembangunan seni di seluruh dunia.