Peredaran masa

Kehebatan inovasi pembuatan jam Rolex tidak dapat disangkal lagi. Cetakan perkataan baharu pada setiap permukaan jam tangan sahaja sudah dapat membuktikan visi jenama ini yang unik.

Rolex

Dengan ciptaan perkataan “Rolex” pada tahun 1908, Hans Wilsdorf bukan sahaja mencipta sebuah jenama baharu. Beliau segera menegaskan visi uniknya tentang pembuatan jam dan memulakan usaha memburu kecemerlangan yang telah dijalankan oleh Rolex tanpa henti sejak itu.

Penetapan standard yang ketat dari mula lagi menuntut penyatuan semua pengetahuan dan setiap kepakaran ke dalam pembuatan secara beransur-ansur, justeru menjamin autonomi dan integriti Rolex.

Dengan “Rolex”, Hans Wilsdorf membuka jalan kepada kaedah pembuatan jam tangan yang unik. Jam tangan dengan gerakan yang berterusan, yang mampu menongkah arus kemodenan dan mengatasi cabaran baharu.

Dengan “Rolex”, Hans Wilsdorf membuka jalan kepada kaedah pembuatan jam tangan yang unik. Jam tangan dengan gerakan yang berterusan, yang mampu menongkah arus kemodenan dan mengatasi cabaran baharu. Berikutan nama yang berwawasan ini, istilah lain harus dicipta untuk menyatakan inovasi berterusan yang menyifatkan jenama Rolex: “Oyster”, “Perpetual”, “Kronometer Superlatif”.

Terukir pada setiap permukaan, perkataan ini bukan sahaja menggambarkan ciri kalis air, autonomi, ketepatan atau ketahanan. Perkataan ini memperlihatkan unsur yang menjadikan setiap Kronometer Superlatif Rolex Oyster Perpetual satu objek yang unik. Ungkapan ini mewakili pencapaian horologi serta menyuntik keyakinan yang diperlukan untuk mengatasi sebarang cabaran yang bakal ditempuh.

Oyster

“Oyster”. Perkataan ini membawa makna kekalisan air. Perkataan ini turut menggambarkan keaslian jam terunggul yang menerusi kepakaran teknikal, mencapai kualiti penutup kedap air dengan nama yang sama dan kemudian menggunakan ciri ini untuk melindungi gerakan horologi di dalam jam.

Sebenarnya, “Oyster” bukan sahaja merujuk kepada sifat kedap air, malah secara umum merujuk kepada ciri ketahanan penutup terhadap semua unsur semula jadi yang mungkin menghalang kronometer daripada berfungsi dengan lancar.

Tetapi “Oyster” bukan sekadar nama sebuah penutup sahaja. Ciptaan ini begitu muktamad sehingga turut menjadi nama seutas jam tangan: jam tangan kalis air pertama dalam sejarah. Sejak itu, Oyster terus membuktikan ciri ketahanan dan kebolehsuaian terhadap permintaan pada setiap zaman. Penutup “Oyster” juga mengekalkan dan menjamin ketepatan jam tangan.

“Oyster” bukan sahaja merujuk kepada sifat kedap air, malah secara umum merujuk kepada ciri ketahanan penutup terhadap semua unsur semula jadi yang mungkin menghalang kronometer daripada berfungsi dengan lancar.

Sifat kedap air terhadap cuaca ribut serta kawasan dahsyat yang luas terbentang atau terhadap ragam kehidupan seharian, jam tangan ini dibuat untuk menahan cabaran paling getir. Dipasang kukuh dengan penuh teliti, jam ini ialah peneman yang boleh dipercayai dalam perjalanan anda ke dunia luar.

Perpetual

Sejak penciptaan sistem automatik rotor Perpetual pada tahun 1931, Rolex menukarkan pergerakan pergelangan tangan kepada rizab kuasa dan menyesuaikan rentak jam tangan dengan kehidupan pemakai.

Penggunaan tenaga yang optimum ialah bidang kepakaran utama dalam pengetahuan pembuatan jam tangan Rolex. Terukir pada setiap permukaan kami, perkataan “Perpetual” menjalinkan hubungan antara masa dengan gerakan.

Perkataan “Perpetual” menjalinkan hubungan antara masa dengan pergerakan. Ungkapan ini menyatakan keupayaan jam tangan Rolex mengabadikan rentak dunia dan merupakan satu lagi bukti kebolehpercayaan.

Ungkapan ini menyatakan keupayaan jam tangan Rolex mengabadikan rentak dunia dan merupakan satu lagi bukti kebolehpercayaan: ketika amat diperlukan, jam ini tidak akan terhenti.

Selagi pemakai bertindak dan bergerak, membekalkan rotor dengan tenaga, gerakan di dalam penutup akan didorong untuk bergerak tanpa henti. Rolex ialah hubungan antara gerakan horologi dengan pergerakan manusia.

Kronometer Superlatif

Walaupun kesempurnaan tidak dapat dicapai secara semula jadi, kami sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan. Atas sebab inilah Rolex telah mencipta “Kronometer Superlatif”.

Kami telah mereka bentuk ujian dan cara pengukuran kami sendiri yang dilalui oleh semua jam tangan kami pada setiap tahap semasa pembuatan serta selepas jam itu dipasang. Menerusi ujian-ujian ini, ketepatan, kekalisan air, kebolehpercayaan dan autonomi setiap jam tangan merupakan jaminan prestasi dan ketahanan jam.

Dua perkataan – “Kronometer Superlatif” – menyatakan hasrat penubuhan kami untuk melakukan yang terbaik bagi mengatasi pencapaian kami sendiri secara berterusan.

Bagi sifat-sifat ini, menjadi yang terbaik ialah satu kemestian. Itulah sebabnya terdapat Kawalan Superlatif dalam pembuatan kami: satu unit khusus yang ditumpukan untuk menguji semua sifat semasa dan selepas jam tangan siap dipasang.

Dari masa ke masa, ini telah menjadi asas kepada kepakaran pembuatan jam kami, dengan dua perkataan - “Kronometer Superlatif” - yang menyatakan hasrat penubuhan kami untuk melakukan yang terbaik bagi mengatasi pencapaian kami sendiri secara berterusan.

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta