Legasi kecemerlangan

Segala-galanya tentang Rolex mengingatkan kita kepada seorang insan yang luar biasa.

Pada tahun 1926, Hans Wilsdorf, seorang usahawan yang berpandangan jauh, melancarkan jam tangan kalis air pertama di dunia. Pencapaian rintis ini membuka jalan kepada siri ciptaan dan inovasi yang tidak berpenghujung yang telah melakar sejarah pembuatan jam.

Daripada jam saku kepada jam tangan

Daripada jam saku kepada jam tangan

Dilahirkan di Bavaria pada 1881, beliau membesar dalam era ketika jam tangan direka untuk dibawa di dalam saku. Walaupun segelintir tukang jam menjalankan uji kaji, jam ini kebanyakannya dianggap sebagai barang kemas wanita: tiada orang yang percaya bahawa jam tangan boleh dibuat dengan cukup teguh dan boleh dipercayai untuk kegunaan harian.

Namun, gaya hidup masa depan yang lebih aktif bakal tiba, untuk lelaki dan juga wanita, dan Hans Wilsdorf menyedari hal itu. Seawal usia 24 tahun, beliau sudah mula terpesona dengan gerakan jam tangan dan ketepatannya, justeru beliau amat faham sekali akan perubahan yang perlu dilaksanakan. Tanpa menghiraukan keraguan rakannya, beliau memutuskan untuk mengambil risiko dan memulakan usahanya untuk menghasilkan jam tangan yang benar-benar moden, sesuai untuk abad ke-20.

Kaliber yang padat, horizon yang luas

Pada 1905, beliau mula bekerja dengan pengeluar kecil jam tangan Switzerland di Bienne yang menghasilkan beberapa gerakan jam tangan padat yang luar biasa. Beliau telah memasangkan gerakan ini ke dalam penutup dan pada tahun yang sama, berjaya menubuhkan syarikat pembuatan jam tangannya sendiri. Begitulah kisah bermulanya kerja sepanjang hayatnya.

Bienne kemudiannya menjadi nadi utama jenama ini. Pengilang kecil Switzerland itu kemudiannya diserap ke dalam Rolex untuk menjadi pusat kawalan yang khusus untuk menghasilkan gerakan superlatif.

Memburu kepersisan kronometri

Pada tahun 1910, beliau menerima sijil pertama untuk ketepatan kronometri yang diberikan kepada jam tangan oleh Pusat Penilaian Jam Tangan Rasmi di Bienne, Switzerland.

Kemudian, pengiktirafan antarabangsa menyusul. Model awal ini mempunyai ketepatan masa yang luar biasa sehinggakan pada 1914, Balai Cerap Kew di London menganugerahkan sijil ketepatan Kelas A kepada model tersebut. Sejak itu, kecemerlangan itu telah dipelihara terutamanya untuk kronometer marin, jam tangan paling tepat pada era itu. Hanya dengan mempersembahkan ketepatan sedemikian dalam penutup jam tangan yang kecil, Hans Wilsdorf telah membuat sumbangan yang luar biasa. Beliau belum lagi mencapai umur 30 tahun ketika itu.

Bangunan Rolex

Minat terhadap ketukangan

Reputasi syarikat itu berkembang, dan pada tahun 1919, pengasasnya menubuhkan operasi tetap di Geneva. Di sana, dengan kemampuan unik yang memberikan inspirasi kepada orang lain, beliau memujuk tukang mahir dan jurutera terbaik dalam pembuatan jam tangan Switzerland untuk bekerja bersama beliau. Pada tahun 1931, mahkota lima pancang diperkenalkan.

Hingga hari ini, nama Rolex terletak di bawah lambang ini, mewakili dengan sempurna gesaan Hans Wilsdorf kepada para pekerja agar "hanya hasilkan karya yang indah".

Hans Wilsdorf ialah seorang pemimpin yang hebat, malah beliau meniup kepercayaan kepada jurutekniknya bahawa mereka mampu melampaui segala kemungkinan. “Rolex mestilah sentiasa berusaha untuk berfikir dan bertindak secara lain daripada yang lain. Di situlah terletak kekuatan terbesar saya,” ujar beliau.

Namun begitu, tanpa mengira kepintaran ciptaan, jika mekanisme itu berfungsi dengan sempurna, mutu kerja juga haruslah sempurna.

Hans Wilsdorf
Oyster Perpetual yang pertama

Terbukti melalui percubaan

Kemunculan Rolex Oyster yang ikonik pada tahun 1926, iaitu jam tangan kalis air pertama di dunia, memahat satu detik penting.

Melalui jam tangan ini, Hans Wilsdorf mengesahkan ramalannya bahawa kemajuan dalam sains dan teknologi akan membuka jalan kepada generasi pengembara baharu. Pada tahun 1927, seorang perenang muda, Mercedes Gleitze, mencapai status selebriti apabila menjadi wanita British pertama yang berenang merentasi Selat Inggeris – sambil memakai Rolex Oyster. Atlet cemerlang ini menjadi Testimoni jenama pertama Hans Wilsdorf, lantas merintis laluan yang diikuti oleh beratus-ratus ahli sukan wanita dan lelaki, penjelajah dan artis. Dalam pencapaian mereka, mereka menjadi saksi utama keunggulan jenama Rolex.

Sama seperti tiram, jam ini boleh kekal tanpa had masa dalam air tanpa menjejaskan bahagian jam.

Hans Wilsdorf

Mencipta dan berkomunikasi

Pada tahun 1931, Rolex melancarkan Oyster Perpetual. Jam tangan kalis air automatik pertama syarikat itu berputar sendiri, cuma bergantung pada pergerakan pergelangan tangan untuk mendapatkan tenaga dengan adanya rotor Perpetual.

Hans Wilsdorf menegaskan bahawa setiap jam tangan baharu harus dikeluarkan ke dunia sebagai duta kualiti. Bagi beliau, pemasaran bukan sahaja satu kaedah jualan, tetapi satu cara untuk menyampaikan integriti jenamanya. Beliau kemudian berkata, “Pencapaian lalu mengukuhkan kepercayaan saya pada masa depan dan keyakinan saya bahawa kemasyhuran Rolex akan terbukti seiring dengan reputasi yang diraih.” Hasrat beliau adalah untuk membentuk identiti agar sepadan dengan kualiti kerja dan untuk mempersembahkan hasil kerja yang akan memartabatkan jenama ini buat selama-lamanya.

Pencapaian lalu mengukuhkan kepercayaan saya pada masa depan dan keyakinan saya bahawa kemasyhuran Rolex akan terbukti seiring dengan reputasi yang diraih.

Hans Wilsdorf

Inovasi tersendiri

Syarikat ini menyambut ulang tahun ke-40 pada tahun 1945 sempena pelancaran Rolex Datejust. Dengan ciri tarikh tambahan yang dipasang dalam tetingkap pada permukaan, ini menjadi lambang prestij di seluruh dunia.

Sebelas tahun kemudian, pada tahun 1956, jenama ini sekali lagi menerajui inovasi menerusi Day-Date, jam tangan kronometer automatik dan kalis air pertama yang memaparkan tarikh dan hari dalam seminggu dieja penuh dalam dua tingkap yang berasingan .

Tarikh dan hari adalah penting.

Hans Wilsdorf
Warisan
Hadiah masa

Hadiah masa

Legasi agung beliau ialah "kerja yang indah" yang menjadi tunjang kejayaan syarikat dan budaya yang beliau tanamkan untuk melampaui batasan, yang menyokong setiap aspek kepentingan jenama daripada pembuatan jam tangan kepada sokongan terhadap Testimoni dan rakan kongsi yang mencapai kemuncak kejayaan.

Dalam mewariskan falsafahnya kepada Rolex, beliau meninggalkan nilai kesinambungan yang mendalam, iaitu fokus jangka panjang yang jarang berlaku dalam dunia yang sering mementingkan kesegeraan. Falsafah yang menjiwai setiap jam tangan Rolex – dibina untuk bertahan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1960, tetapi semangatnya terus hidup dalam nilai yang beliau terapkan dalam syarikat. Mereka ialah milik Hans Wilsdorf selama-lamanya. Mereka bersifat Perpetual.

Selama bertahun-tahun, pembuatan jam bukan sekadar perniagaan: dalam usaha mencapai kesempurnaan, beliau mahu membuka kemungkinan baharu dan dikongsi bersama dunia. Beliau didorong oleh keinginan untuk mewujudkan dunia yang lebih baik.

Hari ini, legasi Hans Wilsdorf kekal selama-lamanya, sama seperti jam tangannya yang berputar sendiri, kerana beliau memastikan mahakarya Rolex akan digunakan sebagai pelaburan berterusan untuk generasi akan datang.

Kepakaran Membuat Jam Tangan Rolex

Kecemerlangan sedang dicipta